malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bersih: Jumlah kesalahan pilihan raya menurun di Sandakan
Diterbitkan:  May 21, 2019 2:55 PM
Dikemaskini: 6:55 AM
ADS

Badan pendesak pembaharuan pilihan raya Bersih merekodkan penurunan kesalahan pilihan raya dalam pilihan raya kecil (PRK) Sandakan baru-baru ini.

Bersih bahagian Sabah merekodkan 19 kes kesalahan pilihan raya dan salah laku semasa tempoh pilihan raya melibatkan penjamuan (dua kes), salah guna aset kerajaan (dua kes), menyebarkan niat buruk dan permusuhan (dua kes), berkempen pada hari pengundian (lapan kes), pengaruh tidak wajar kerajaan (satu kes), dan lain-lain kesalahan (empat kes).

Dalam kenyataan media hari ini, Bersih menggesa Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya (PPKPR) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk lebih tegas menghalang kegiatan kempen seperti merayu undi dan mengangkut pengundi semasa hari pengundian.

"Walaupun ada kekurangan dalam penguatkuasaan undang-undang melibatkan kesalahan pilihan raya, secara umumnya SPR telah menjalankan pilihan raya kali ini dengan baik.

"Banyak penambahbaikan kemudahan tempat mengundi daripada PRK yang lalu seperti penyediaan ramp yang lebih bersesuaian untuk golongan berkerusi roda serta penggunaan buggy-car untuk kegunaan warga emas dan golongan kurang upaya," katanya.

Daripada semua kesalahan itu, menurut Bersih, 11 dilakukan oleh PH, tiga oleh PBS dan empat calon bebas dan parti lain.

PRK Sandakan menyaksikan calon DAP Vivian Wong berjaya mempertahankan kerusi mendiang ayahnya Stephen Wong, selepas mengalahkan calon PBS Linda Tsen dan empat calon bebas lain.

Vivian menang dengan meraih 16,012 undi berbanding pencabar terdekatnya Linda yang mendapat 4,491 undi.

Lihat Komen