BERITA

Sultan Johor bayar zakat RM5j, wakafkan tanah

20 May 2019, 5:05 am

Dikemaskini 2 tahun lepas

A
+
A
-

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan membayar zakat baginda untuk 2019 dengan jumlah sebanyak RM5 juta.

Majlis penyerahan zakat tersebut disempurkan dalam satu acara ringkas di Istana Pelangi, Johor Bahru.

Menurut kenyataan disiarkan di laman Facebook rasmi Sultan Johor, baginda menyampaikan cek pembayaran zakat kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Nooh Gadot.

Ia turut disaksikan Mufti Johor, Yahya Ahmad.

Pada majlis yang sama, kata kenyataan dikeluarkan berkenaan, Sultan Ibrahim turut menyumbang tanah seluas lebih 1,000 meter persegi sebagai wakaf baginda.

Tanah berkenaan, katanya, terletak di Mersing.

"Sultan Johor turut berkenan mewakafkan tanah seluas 1024.487 meter persegi bagi tujuan wakaf surau dan kebajikan agama Islam di Mukim Jemaluang, Mersing," kata kenyataan itu.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Komen