malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Zaharudin dakwa media parti cuba keruhkan hubungan dengan Hadi
Diterbitkan:  May 19, 2019 4:23 PM
Dikemaskini: 8:27 AM
ADS

Yang Dipertua PAS Sungai Buloh dan bekas anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Zaharudin Muhammad, mendakwa media parti itu turut memainkan peranan melaga-lagakan dia dengan bapa mentuanya, Abdul Hadi Awang.

Menurut Zaharudin, media tertentu parti itu menggambarkan dia seolah-olah menentang presiden PAS.

"Dah maklumkan kepada SUA (setiausaha agung) tentang media sendiri yang melaga-lagakan saya dengan tok guru (Abdul Hadi).

"Page (Facebook) Mujahid Siber 2 menggambarkan saya seolah-olah menentang tok guru, page rasmi tok guru sendiri dilihat sebagai "tidak restu", "spin" konteks isu sebenar bagi menggambarkan tok guru seolah-olah menentang saya pula," tulisnya di media sosial.

Hantaran itu menjadi perhatian ketika semua anggota PAS diarah tidak memberi sekarang kenyataan atau membahaskan isu dalaman parti di mana-mana media, termasuk media sosial.

Arahan itu dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan pada 14 Mei lalu ketika isu "kartel dedak" - yang didakwa Zaharudin melibatkan beberapa pemimpin kanan parti - semakin panas.

Takiyuddin berkata perintah larangan itu berkuat kuasa serta-merta dan sesiapa yang melanggarnya boleh dikenakan tindakan disiplin. 

Dah nak balik Rusila

Dalam hantarannya Zaharudin dilihat menyedari arahan dikeluarkan PAS dan membuat penjelasan, kenyataan itu "tak termasuk" dalam arahan tutup mulut dikeluarkan Takiyuddin.

"Posting (hantaran) ini tak termasuk dalam gag order SUA. Saya dah PM (mesej secara peribadi) beliau dua hari lepas waktu berita ini tersiar," katanya yang turut melampirkan tangkap layar kenyataan dirujuknya yang bertarikh 14 Mei.

Menurut Zaharudin, berita yang disiarkan dalam akhbar "biasanya boleh dibeli" untuk disiarkan.

Katanya antara tanda sesuatu berita itu dibayar untuk siarannya ialah tiada profesionalisme kewartawanan berlaku.


Baca Menantu Hadi 'dedah rahsia kartel dedak'


"Saya kenal kartel-kartel ini yang biasa beli page berita akhbar-akhbar tertentu," katanya.

Dalam pada itu Zaharudin berkata, tindakan melaga-lagakan dia dengan Abdul Hadi dicetuskan oleh "kartel dedak".

Malah katanya ada pemimpin yang menjaja cerita kononnya Abdul Hadi tidak bertegur sapa dengannya selama tiga tahun.

 

"Tok guru tak setuju dedak, saya tak setuju dedak. Tok guru menanamkan integriti yang tinggi untuk parti dan ahli-ahli parti dan saya mendokongnya.

"Di mana point saya lawan tok guru? Tak ada.

"Sabtu, dua minggu lepas (4 Mei 2019) tok guru datang makan tengah hari di rumah saya. Sebelum tu saya kerap ke IJN (Institut Jantung Negara) waktu tok guru dimasukkan di sana. Dua minggu lagi insya-Allah balik raya di Rusila," katanya.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, ketika dihubungi Malaysiakini untuk mendapatkan pandangan parti mengenai kenyataan Zaharudin itu enggan memberikan sebarang ulasan.

Sebaliknya Idris menyerahkan kepada Takiyuddin untuk menjawabnya.

Malaysikini sedang berusaha mendapatkan komen Takiyuddin dan setakat ini beliau belum memberi sebarang komen.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen