malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Menara TNB voltan tinggi dilerai lepas 13 tahun
ADS

Selama lebih sedekad penduduk di Rawang membantah pembinaan menara kabel elektrik bervoltan tinggi di kawasan mereka.

Hari ini, episod itu sampai ke penghujungnya selepas kontraktor mula meleraikan binaan menara itu.

Adun Rawang Chua Wei Kiat berkata proses peleraian menara itu akan berlangsung dalam tiga fasa dan dijangka siap sepenuhnya pada September ini.

Menara di Kampung Sungai Terentang dan Kampung Dato Lee Kim Sai akan dileraikan dahulu.

Menurut Chua, terdapat lima menara dengan voltan elektrik 275kV dan lapan menara dengan voltan 33kV di kawasan itu.

"Dua hari lalu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberikan projek peleraian  (menara) itu kepada kontraktor. Kerja-kerja dijadual akan bermula pada Julai nanti tetapi ia bermula lebih awal dari yang dijangkakan," katanya lagi.

Isu ini, jelas Chua lagi dibangkitkannya ketika sidang DUN Selangor pada Oktober lalu dan susulan itu TNB bersetuju untuk memindahkan menara berkenaan selepas berbincang dengan kerajaan negeri.

Perjuangan 13 tahun

"TNB juga memberitahu saya tanah tersebut akan dikeluarkan daripada pewartaaan pada Februari.

"Terdahulu, TNB enggan berbuat demikian sebelum pertukaran kerajaan persekutuan. Sekarang perjuangan para penduduk kampung telah membuahkan hasil," katanya lagi.

Sementara itu, bekas Adun Rawang Gan Pei Nei turut mengumumkan perkembangan terbaru itu melalui laman Facebooknya.

"Perjuangan 13 tahun berakhir dengan penuh cemerlang," katanya.

TNB telah membina talian kabel sepanjang 59km, manakala kerja yang berbaki 1km terpaksa ditangguhkan kerana bantahan penduduk kampung.

Penduduk kampung telah menubuhkan Jawatankuasa Penduduk Rawang Anti Kabel Bervoltan Tinggi dan perjuangan mereka disokong oleh kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2008.

Pada tahun 2016, TNB bersetuju untuk mengelak kabelnya itu melewati kawasan perkampungan di Rawang dengan ganti laluan baru.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen