malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ada 1001 cara Adib mungkin jatuh - Pakar forensik
ADS

INKUES ADIB | Terdapat seribu satu cara anggota bomba allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin jatuh di atas pembahagi jalan berhampiran kuil Seafield Seri Mahariamman ketika malam rusuhan pada 27 November tahun lalu.

Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Ahmad Hafizam Hasmi hari ini memaklumkan hal tersebut pada pendengaran inkues mengenal pasti punca kematian anggota bomba itu.

"Saya tak mahu buat satu uji kaji yang boleh dicabar... saya tahu saya tak boleh buktikan apa-apa dari ujikaji pada curb (pembahagi jalan)," katanya.

Dr Ahmad Hafizam berkata demikian bagi menjawab soalan peguam Syazlin Mansor bagi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Saya setuju kalau eksperimen dijalankan pada sudut-sudut tertentu," katanya memberi maklum balas terhadap soalan Syazlin kenapa beliau tidak mengadakan uji kaji (rekonstruksi kejadian) bagaimana Adib boleh terjatuh ke atas pembahagi jalan tersebut.

Shazlin: Boleh ketepikan mangsa jatuh?

Ahmad Hafizam: Saya boleh mengenepikan mangsa jatuh ke atas curb mengikut posisi dicadangkan Puan Syazlin seperti dalam gambar

Syazlin: Kenapa perlu jugak masukkan curb (pembahagi jalan) dalam laporan?

Ahmad Hafizam: Sebagai memberitahu mahkamah salah satu objek yang menepati 5 ciri...Itu saja ada yang kekal di jalan.

Terdahulu, Ahmad Hafizam juga memberitahu inkues Adib tidak mungkin ditarik keluar sebaliknya keluar sendiri dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) pada malam kejadian.

Beliau juga berkata kenyataan itu dibuat berdasarkan dapatan bedah siasat dan keterangan saksi.

Katanya sepanjang prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba itu dijalankan, tiada satu pun keterangan saksi mata pada malam kejadian boleh menyokong bahawa mangsa ditarik keluar dari van EMRS.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen