malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ibu tua cedera dipukul anak khayal dadah
Diterbitkan:  May 16, 2019 6:20 PM
Dikemaskini: 10:20 AM
ADS

Seorang ibu berumur 64 tahun bengkak di pipi kiri dan bahagian belakang badannya selepas dipukul anak lelakinya yang berada di bawah pengaruh dadah di Tasek Gelugor semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata lelaki berumur 33 tahun itu turut mencederakan bapa saudaranya yang berumur 56 tahun sehingga luka di tangan kirinya dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4.30 petang itu.

“Suspek ditangkap kira-kira pukul 6.30 petang dan dalam satu laporan polis, ibunya mendakwa dipukul menggunakan sebatang payung dan dibaling dengan bakul baju,” katanya di Tasek Gelugor.

Suspek juga telah menggunakan topi keledar untuk memukul bapa saudaranya yang cuba melindungi ibunya daripada terus diserang.

“Suspek kini direman selama lima hari dan kes disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan," katanya.

- Bernama

Lihat Komen