malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
TPM lawat Yayasan Kebudayaan Islam Geneva
ADS

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat Yayasan Kebudayaan Islam Geneva dan bertemu dengan kepimpinannya pada Rabu.

Dr Wan Azizah yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari di Geneva sejak Selasa untuk menghadiri Platform Global Bagi Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR), disambut oleh Pengarah yayasan itu Fahad A. Sefyan dan Imam Noureddine Ferjani.

Beliau meluangkan masa 30 minit di premis yang terdiri daripada sebuah masjid, perpustakaan dan bilik darjah serta diberikan taklimat oleh Sefyan mengenai aktiviti yayasan itu.

Dr Wan Azizah juga melawat bilik darjah yang menempatkan kanak-kanak untuk belajar bahasa Arab dan Perancis, pengajian al-Quran dan pendidikan Islam.

Yayasan itu yang dirasmikan pada 1978, memainkan peranan penting dalam mempromosikan pemahaman lebih baik mengenai nilai-nilai Islam serta menggalakkan integrasi umat Islam yang lebih baik di Geneva dalam masyarakat Swiss.

- Bernama

Lihat Komen