malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pelantikan PwC supaya siasatan audit Yapeim bersifat bebas - Mujahid
ADS

Keputusan melantik PricewaterhouseCoopers untuk mengaudit akaun Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dibuat supaya siasatan atau laporan audit yayasan itu dilakukan secara bebas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Agama) Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ia juga bertujuan memulih dan mengembalikan semula kepercayaan orang ramai terhadap yayasan itu yang tercemar imejnya.

"Saya kira salah satu tugas ahli lembaga pengarah baharu adalah melihat kepada semua isu ini melalui kajian bebas.

"Oleh itu, daripada findings (laporan audit) yang ditemui dan mereka murnikan dengan finding mereka (anggota lembaga pengarah) sendiri dan apa yang didedahkan oleh Pengerusi LPA YaPEIM Datuk Dr Mohd Daud Bakar tadi adalah berdasarkan laporan secara menyeluruh," katanya.

Mujahid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen RAHMAH Masjid Alami (Masjid Lestari Hijau) peringkat Wilayah Persekutuan 2019 dan berbuka puasa di Masjid Jamek, di Kuala Lumpur hari ini

- Bernama

Lihat Komen