malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Jawatan menteri belum warta: Keputusan k'jaan PH tetap sah - Peguam
ADS

Tindakan Putrajaya sepanjang tahun lalu masih sah walaupun fungsi menteri kabinet masih belum diwartakan, maklum peguam New Sin Yew.

New memetik Seksyen Akta Fungsi-fungsi Menteri yang menyatakan: "Jika sesuatu perintah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 2 sesuatu yang dimulakan, atau yang dibuat sebelum perintah itu mula berkuat kuasa oleh atau di bawah kuasa menteri yang fungsi dan tanggungjawabnya telah  dipindahkan atau yang nama jawatannya itu diubah boleh diteruskan atau diselesaikan oleh menteri itu."

Katanya, ini bermakna kegagalan untuk mewartakan fungsi itu tidak memberi kesan terhadap kesahihan tindakan atau keputusan yang dibuat oleh menteri.

"Jadi, ia tidak lah (bermaksud) menteri-menteri yang ada sekarang ini bukan menteri sehingga ia dimaklumkan di dalam warta berkenaan, akta tersebut tidak menyatakan hal itu atau pun bermakna untuk mengendalikannya dengan cara sedemikian," kata peguam itu kepada Malaysiakini.

Warta itu, jelasnya cuma bermaksud untuk memformalkan tugas masing-masing menteri dan menyenaraikan agensi serta jabatan yang berada di bawah jabatannya.

Menteri Undang-undang Liew Vui Keong (gambar) mendedahkan baru-baru ini walaupun Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah meluluskan perintah fungsi kementerian untuk kerajaan PH, perkara itu belum diwartakan.

Malaysiakini telah melihat satu salinan perintah yang menyenaraikan fungsi menteri-menteri persekutuan yang diwartakan pada 22 Januari lalu. Walau bagaimanapun, salinan itu tidak dapat ditemui lagi.

Liew berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.

Walau bagaimanapun, beliau berkata perintah fungsi menteri sudah siap dan sedang menunggu untuk diserahkan bagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Hanya beberapa agensi tambahan yang belum diwartakan. Itu sahaja," kata Liew lagi.

Pemeriksaan dengan Warta Persekutuan menunjukkan pada masa ini hanya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang telah diwartakan fungsi menterinya pada 22 Mei tahun lepas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen