malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pipiyapong tidur lokap kerana 'akta sakit hati'
Diterbitkan:  May 10, 2019 3:55 PM
Dikemaskini: 9:32 AM
ADS

Penulis kreatif dan penerbit buku, Firdaus Abdillah Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pipiyapong telah ditangkap di Kuala Lipis, Pahang dan ditahan semalaman di balai polis daerah itu, sebelum dibawa ke Balai Polis Tampoi, di Johor pagi tadi.

Berita penangkapan Pipiyapong telah dimuat naik oleh aktivis, Fahmi Reza melalui laman facebook peribadi beliau.

Fahmi yang terkenal dengan 'karikatur badut' juga mengkritik kerajaan sekarang supaya tidak mengikuti perangai kerajaan dahulu dengan menyekat pengguna media sosial.

“Selepas setahun berkuasa, kerajaan baru sepatutnya jangan ikut perangai buruk kerajaan lepas yang suka guna undang-undang untuk menyekat pengguna media sosial dan menahan pengguna kerana menyakitkan hati orang lain di media sosial,” ujarnya melalui hantaran tersebut.


Baca: PM kesal polis tangkap penulis ‘kritik anak raja’


Fahmi melalui hantaran itu juga berkata Pipiyapong berkemungkinan besar ditahan dibawah 'akta sakit hati' berkaitan ciapan mengenai seorang anak raja.

Dipercayai Fahmi merujuk kepada Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan kesalahan bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian bagi menyebarkan kandungan berunsur lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain.

Pagi semalam, Pipiyapong membuat hantaran di media sosial, berkata dia diminta hadir ke balai polis dan memerlukan bantuan guaman

"Aku perlukan peguam.

"Aku diminta hadir ke balai oleh pihak polis. Aku harap kamu semua tenang dan terus berjuang," ciapnya di Twitter.

 

Lihat Komen