malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pakar forensik dakwa saksi salah kira formula
ADS

INKUES ADIB | Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Ahmad Hafizam Hasmi mendakwa saksi ke-29, Prof Dr Shahrom Abd Wahid mungkin tersalah kira semasa menggunakan formula daya untuk memberi keterangan berkenaan kemungkinan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dihentam pintu van EMRS pada 9 April lalu.

“[...] Saya dapati pengiraan oleh Dr Shahrom tidak tepat menggunakan formula ini (F=ma), yang menyebabkan Dr Shahrom berpandangan bahawa jatuhnya Adib itu tidak akan menyebabkan kepatahan, kerana daya atau impak terhasil tidak sampai kepada 3,300 Newton,” katanya ketika disoal pegawai pengendali inkues, Faten Hadni Khairuddin.

Ahmad Hafizam yang memberi keterangan sebagai saksi ke-24 mengulas mengenai kenyataan Shahrom yang memberitahu, daya sebanyak 3,300 Newton diperlukan untuk mematahkan tulang rusuk.

Shahrom yang merupakan bekas pakar perunding kanan forensik dan patologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz berpendapat daya atau impak akibat jatuh tidak cukup kuat untuk menyebabkan kepatahan tulang rusuk dua hingga lima pada dada kanan Adib.

Formula F=ma merupakan rumus bagi mengira daya dengan F sebagai daya dalam unit Newton, m sebagai jisim (kg) dan a sebagai pecutan objek (m/s2).

Jelas Hafizam, Shahrom hanya mengira jisim Adib dan pecutan graviti untuk mengambil kira kejatuhan, sedangkan dia perlu juga menambah pengiraan untuk jisim dan pecutan EMRS yang mengundur.

“Dalam kes ini, kenderaan EMRS tersebut sedang mengundur, pintu kiri hadapan terbuka dan mengenai belakang kiri mangsa.

“Jadi kiraan sebenar ialah daya (yang mengambil kira) jisim dan kelajuan (pecutan) van EMRS (ketika mengundur) ditambahkan dengan jisim badan Adib dan pecutan graviti.

“Ada dua unsur, mangsa sendiri dan objek (yang kena mangsa),” katanya lagi.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen