Pengiklanan

    Jawatan menteri PH belum diwartakan

    (Dikemaskini )

    Jawatan anggota kabinet kerajaan PH belum diwartakan setakat ini kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.

    Katanya sebelum ini ketua setiausaha negara sudah memberi lampu hijau kepada perintah fungsi-fungsi kementerian.

    "Ini agak menarik," katanya.

    Liew yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan undang-undang memberitahu kerajaan sudah membincangkan isu berkenaan.

    "Namun setakat hari ini saya fikir ia masih menunggu untuk diwartakan," katanya pada temu bual dengan sekumpulan wartawan di Putrajaya baru-baru ini.

    Sebelum itu Liew ditana sama ada fungsi-fungsi menteri sudah diwartakan seperti yang ditetapkan dalam Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969.

    Semakan pada Warta Kerajaan Persekutuan menunjukkan, selepas kerajaan bertukar daripada BN ke PH hasil PRU ke-14 tahun lalu hanya jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri yang diwartakan setakat 22 Mei tahun lalu.

    Sebagai perbandingan kabinet BN diwartakan pada 26 Jun 2013 iaitu kurang dari dua bulan selepas PRU ke-13 diadakan. PRU dijalankan pada 5 Mei 2013.

    Mengikut peraturan pewartaaan sesuatu jawatan dibuat untuk menjadikan tugas seseorang menteri serta agensi dan jabatan yang ada bawah kementeriannya wujud secara rasmi.

    Tidak dapat dipastikan mengapa kerajaan PH belum mewartakan menteri-menterinya.

    Tanpa pewartaan kedudukan masing-masing, kata Liew, ia menjejaskan fungsi serta mengganggu kelancaran urusan pentadbiran.

    "Ia memberi kesan kepada tugas kami, serta bayaran tertentu, gaji... juga pergerakan pegawai tertentu," katanya.

    Bagaimanapun anggota parlimen Batu Sapi itu menegaskan kerajaan beroperasi seperti biasa dengan beliau sendiri mengetuai 10 agensi termasuk Jabatan Insolvensi.

    Mengenai cadangan meletakkan agensi tertentu - seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - di bawah parlimen, Liew berkata, masa yang lebih lama diperlukan untuk menjadikan ia realiti.

    Katanya ada banyak hal prosedur yang perlu diuruskan terlebih dulu.

    [Baca berita penuh]

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih