malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Polis arah penganjur himpunan di hadapan Sogo hadir beri keterangan
ADS

Penganjur Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan pada 17 Mei ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim berkata lima individu telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan anjuran mereka di ibu negara pada Sabtu lepas.

Setakat ini, 11 individu terdiri daripada saksi dan pengadu telah diambil keterangan untuk membantu siasatan.

“Proses ambil keterangan masih berlangsung untuk kita jalankan siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Pada Sabtu lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wang, ACP Mohd Fahmi Visuvanatahan Abdullah berkata notis penganjur Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam tidak lengkap.

Himpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) diadakan berikutan beberapa isu terkini termasuk ratifikasi Statut Rom.

- Bernama

Lihat Komen