malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Prestasi kementerian, mengikut penilaian menteri dan kabinet bayangan BN
ADS

Bersempena ulang tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Malaysiakini bertanya kepada setiap menteri untuk menilai prestasi kementerian masing-masing.

Kad laporan di bawah dibuat berdasarkan penilaian yang dibuat sendiri oleh menteri atau timbalan menteri.

Mereka menyenaraikan pencapaian terbesar kementerian masing-masing, serta perkara yang sepatutnya mereka lakukan tetapi tidak dapat dipenuhi sepanjang setahun lepas.

Bagi mengimbangi penilaian tersebut, Malaysiakini turut bertanyakan soalan sama kepada kabinet bayangan BN. Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka tidak dapat dihubungi atau tidak mahu memberikan komen apabila dihubungi.

Ketik pada nama setiap kementerian di bawah untuk mendapatkan kad laporan mereka. Untuk makluman, beberapa kementerian tidak menjawab soalan tentang perkara yang tidak dapat mereka capai (kelemahan).

Nota: Untuk pengalaman terbaik, sila baca menerusi pelayar Internet.

Jabatan Perdana Menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Kementerian Pertahanan

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Kementerian Pendidikan

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Kementerian Pembangunan Usahawan

Kementerian Wilayah Persekutuan

Kementerian Kewangan

Kementerian Luar Negara

Kementerian Kesihatan

Kementerian Dalam Negeri

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Kementerian Sumber Manusia

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Kementerian Industri Utama

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

Kementerian Pengangkutan

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Kementerian Kerja Raya

Kementerian Belia dan Sukan

Jabatan Perdana Menteri

Menteri: Dr Mahathir Mohamad

Timbalan:Dr Wan Azizah Wan Ismail

Pencapaian
  • Pakatan Harapan yang belum lagi kukuh masih bersatu di bawah Mahathir
  • Menteri-menteri kabinet bertugas dengan baik
  • Membuat kemajuan dalam membasmi rasuah dalam kerajaan
Kelemahan
  • Belum berjaya menghapuskan tol jalan raya
  • Belum berjaya menghapuskan hukuman mati mandatori

Ketua Pembangkang Abdul Sabri Yunus enggan memberi komen.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri: Salahuddin Ayub

Timbalan: Sim Tze Tzin

Pencapaian
  • Mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengkaji cara memecahkan monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas).
  • Rancang eksport buah-buahan ke negara lain termasuk termasuk China.
  • Memperkenalkan pelan kementerian yang memiliki lima hala tuju, dengan 18 strategi dan 51 inisiatif.
Kelemahan
  • Belum berjaya perkenal model terbaik bagi menggantikan Bernas.
  • Belum berjaya laksanakan insurans tanaman untuk untuk petani dan nelayan.
  • Belum berjaya tubuhkan tabung amanah untuk nelayan yang sudah tidak dapat turun ke laut.

Komen Menteri Bayangan Tajuddin Abdul Rahman terhadap prestasi kementerian:

Pencapaian
  • Tiada
Kelemahan
  • Kementerian belum berjaya tingkatkan kualiti hidup petani.
  • “Menteri kata nak pecahkan monopoli Bernas. Apa dah jadi? Cakap kosong”.
  • Kementerian belum berjaya kembangkan pasaran eksport untuk produk pertanian.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Menteri: Gobind Singh Deo

Timbalan: Eddin Syazlee Shith

Pencapaian
  • Melaksanakan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) untuk menurunkan harga internet jalur lebar dengan kelajuan yang digandakan.
Kelemahan
  • Tiada komen

Komen Menteri Bayangan Shamsul Anuar Nasarah enggan menjawab.

Kementerian Pertahanan

Menteri: Mohamad Sabu

Timbalan: Liew Chin Tong

Pencapaian
  • Memulakan siasatan dalaman ke atas kementerian melalui jawatankuasa siasatan khas, dalam aspek perolehan, tadbir urus dan kewangan.
  • Menarik balik tentera Malaysia daripada terlibat dalam serangan tentera Arab Saudi ke atas Yaman.
  • Mengaktifkan semula Majlis Veteran Kebangsaan.
Kelemahan
  • Tiada komen

Menteri Bayangan Hishammuddin Hussein tidak dapat dihubungi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Menteri: Saifuddin Nasution

Timbalan: Chong Chieng Jen

Pencapaian
  • Melancarkan program Bank Makanan Malaysia.
  • Subsidi bersasar RON-95 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
  • Membuat analisis rantaian bekalan makanan.
Kelemahan
  • Masih belum berjaya kembangkan e-dagang untuk menurunkan kos sara hidup.
  • Masih belum berjaya tingkatkan tahap celik e-dagang di kalangan pengguna.
  • Masih belum berjaya laksanakan skim subisidi barangan kerana kekangan bajet.

Komen Menteri Bayangan: Tiada (Hamzah Zainudin yang merupakan menteri bayangan sebelum ini sudah menyertai Pakatan Harapan).

Kementerian Pendidikan

Menteri: Maszlee Malik

Timbalan: Teo Nie Ching

Pencapaian
  • Mansuhkan peperiksaan tahap 1 untuk pelajar sekolah rendah dari darjah satu ke tiga.
  • Pinda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 dengan membenarkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti parti politik di kampus.
  • Benarkan kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri ke sekolah.
Kelemahan
  • Tiada komen.

Komen Menteri Bayangan Mahdzir Khalid terhadap prestasi kementerian:

Pencapaian
  • Tiada
Kelemahan
  • Menteri dan timbalannya perlu reti membezakan antara polisi pendidikan dan undang-undang. Banyak sangat ‘undur balik’ selepas sesuatu pengumuman itu dibuat.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Menteri: Yeo Bee Yin

Timbalan: Isnaraissah Munirah Majilis

Pencapaian
  • Lancarkan “Pelan Tindakan Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik 2018-2030”.
  • Mengurangkan pelepasan gas rumah hijau per KDNK sebanyak 33 peratus berbanding tahun 2005.
  • Mempromosikan dan meningkatkan pengkomersilan terhadap usaha kajian dan penyelidikan melalui Tahun Pengkomersilan Malaysia.
Kelemahan
  • Tiada

Komen Menteri Bayangan Ahmad Hamzah tidak dapat dihubungi.

Kementerian Pembangunan Usahawan

Menteri: Mohd Redzuan Md Yusof

Timbalan: Mohd Hatta Md Ramli

Pencapaian
  • Diberi kepercayaan oleh negara lain untuk mengetuai industri halal global.
  • Terus memajukan industri automotif negara.
  • Terus memajukan sektor aeroangkasa.
Kelemahan
  • Tiada komen.

Menteri Bayangan Abdul Azeez Abdul Rahim enggan menjawab.

Kementerian Wilayah Persekutuan

Menteri: Khalid Abdul Samad

Timbalan: Shahruddin Md Salleh

Pencapaian
  • Membentuk Majlis Menteri Wilayah Persekutuan.
  • Mewartakan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur (PlanKL2020).
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjana pendapatan sebanyak RM481 juta dalam bentuk tunai dan nilai tanah selepas menyemak semula semua 97 transaksi tanah di Kuala Lumpur.
Kelemahan
  • Belum berjaya selesaikan pertikaian terhadap pembangunan di Taman Rimba Kiara.
  • Belum berjaya selesaikan pertikaian terhadap pembangunan Bukit Persekutuan. .
  • Belum kemukakan permintaan untuk kertas cadangan naik taraf kemudahan pengangkutan awam di Putrajaya.

Komen Menteri Bayangan Tengku Adnan Tengku Mansor enggan menjawab.

Kementerian Kewangan

Menteri: Lim Guan Eng

Timbalan: Amiruddin Hamzah

Pencapaian
  • Mansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), dan menyelamatkan negara daripada muflis.
  • Melunaskan bayaran balik cukai pendapatan dan GST.
  • Mengekalkan ekonomi pada tahap baik; peningkatan 48 peratus dalam pelaburan langsung asing (FDI) pada 2018; serta kadar pengangguran dan inflasi yang rendah.
Kelemahan
  • Masih belum berjaya menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk graduan.
  • Masih belum berjaya mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Komen Menteri Bayangan Khairy Jamaluddin enggan menjawab.

Kementerian Luar Negara

Menteri: Saifuddin Abdullah

Timbalan: Marzuki Yahya

Pencapaian
  • Berjaya runding perjanjian lebih baik untuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek Bandar Malaysia dengan China.
  • Menyelesaikan pertikaian dengan Singapura melibatkan sempadan maritim dan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) Lapangan Terbang Seletar, serta memulakan rundingan terhadap perjanjian bekalan air ke Singapura.
  • Memperbaiki imej Malaysia dengan menjuarai isu demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia, serta undang-undang dan ketenteraman di peringkat antarabangsa.
Kelemahan
  • Belum berjaya menubuhkan lebih banyak konsulat di lebih banyak negara.
  • Belum berjaya meratifikasi sebanyak mungkin konvensyen antarabangsa.
  • Belum berjaya menyelesaikan isu pengharaman Kesatuan Eropah terhadap minyak sawit Malaysia.

Komen Menteri Bayangan Reezal Merican Naina Merican enggan menjawab.

Kementerian Kesihatan

Menteri: Dzulkefly Ahmad

Timbalan: Dr Lee Boon Chye

Pencapaian
  • Menangani isu kebajikan dalam kalangan pegawai kementerian dan membuat kawalan harga ubat.
  • Menjimatkan wang dengan mengambil tindakan tegas terhadap projek yang bernilai berbilion ringgit.
  • Melaksanakan program PeKa B40, yang menyediakan saringan kesihatan dan bantuan alat perubatan untuk golongan B40.
Kelemahan
  • Belum berjaya meningkatkan peruntukan kementerian untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
  • Belum berjaya menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan kepada orang awam.

Tiada. (Abdul Latiff Ahmad yang merupakan menteri bayangan sebelum ini telah menyertai PH).

Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Muhyiddin Yassin

Timbalan: Mohd Azis Jamman

Pencapaian
  • Melaksanakan semakan semula terhadap undang-undang drakonian, dengan pindaan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.
  • Memulakan usaha untuk menurunkan kadar jenayah.
  • Memulakan usaha untuk memperketat kawalan keselamatan di sempadan.
Kelemahan
  • Masih belum berjaya menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di negara ini.
  • Masih belum berjaya menyiapkan semakan terhadap prosedur operasi standard (SOP) polis dan memperbaiki imej polis.
  • Masih belum berjaya menangani sepenuhnya masalah dadah dan mengurangkan kepadatan banduan di penjara.

Komen Menteri Bayangan Shahidan Kassim terhadap prestasi kementerian:

Pencapaian
  • Meningkatkan penguatkuasaan pihak polis dan Jabatan Imigresen.
Kelemahan
  • Kementerian belum menyelesaikan pertindihan kuasa antara polis maritim dan Agensi Penguasa Maritim Malaysia (MMEA).
  • Kementerian belum menggantikan aset lama dan tidak efektif milik polis dan MMEA.
  • Kementerian belum berjaya menghasilkan strategi publisiti yang bagus untuk polis.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Zuraida Kamaruddin

Timbalan: Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

Pencapaian
  • Pelancaran Dasar Perumahan Negara 2.0.
  • Menjenamakan semula penyedia perkhidmatan pinjaman wang berlesen sebagai ‘Kredit Komuniti’ bawah kementerian.
Kelemahan
  • Belum berjaya melaksanakan polisi kebersihan kebangsaan.
  • Belum berjaya merangka polisi untuk menangani projek perumahan terbengkalai.
  • Belum berjaya merangka polisi untuk penduduk berstrata.

Menteri Bayangan Noh Omar enggan menjawab.

Kementerian Sumber Manusia

Menteri: M Kulasegaran

Timbalan: Mahfuz Omar

Pencapaian
  • Mengembalikan keyakinan dan integriti terhadap kementerian, menteri, timbalan menteri dan pegawai kementerian.
  • Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang tegas terhadap syarikat-syarikat.
  • Menggariskan gaji minimum RM1,100 di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Kelemahan
  • Tiada komen.

Menteri Bayangan Ismail Abdul Muttalib tidak dapat dihubungi.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Darell Leiking

Timbalan: Ong Kian Ming

Pencapaian
  • Berjaya meningkatkan prestasi perniagaan Malaysia pada tahun 2018 biarpun berdepan ketidaktentuan global.
  • Mencapai lonjakan dalam FDI.
  • Melancarkan Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.9 (Industry4WRD).
Kelemahan
  • Tiada komen.

Komen Menteri Bayangan Ahmad Maslan terhadap prestasi kementerian:

Pencapaian
  • Meneruskan polisi baik yang diperkenalkan oleh mantan menteri Mustapa Mohamed.
Kelemahan
  • Nilai dagangan eksport menurun pada dua bulan pertama 2019.
    Nota editor: Data eksport dagangan bagi Mac 2019 belum ada ketika temu bual berlangsung .

Kementerian Industri Utama

Menteri: Teresa Kok

Timbalan: Shamsul Iskandar Md Akin

Pencapaian
  • Melaksanakan program minyak biodiesel sawit B10 untuk kenderaan diesel, dan biodiesel B7 untuk sektor industri.
  • Melakukan pembaharuan terhadap Lembaga Getah Malaysia (LGM), termasuk mengenakan moratorium atas projek pembangunan hartanah dan menghentikan keciciran.
  • Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOC) berjaya meyakinkan negara-negara Asean agar tidak menyokong perjanjian kerjasama strategik dengan EU sebagai tindak balas terhadap diksriminasi EU terhadap minyak sawit.
Kelemahan
  • Masih belum mencapai 100 peratus pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) untuk semua rantaian nilai dalam industri minyak sawit.
  • Masih belum mencapai pembaharuan yang sepatutnya dalam industri minyak sawit, dan sedang menuju ke arah melaksanakan mandat biodesel B20 dalam sektor pengangkutan.
  • Masih belum melaksanakan strategi perhubungan yang efektif untuk kempen “Sayangi Minyak Sawitku” dalam menghadapi tekanan EU

Komen Menteri Bayangan Mastura Yazid was uncontactable.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Menteri: Mujahid Yusof Rawa

Timbalan: Fuziah Salleh

Pencapaian
  • Memperkenalkan gagaran negara rahmah.
  • Memastikan menteri tak lagi memegang jawatan penting dalam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp).
  • Mendedahkan salah laku dalam Lembaga Tabung Haji.
Kelemahan
  • Masih belum berjaya membebaskan masjid daripada unsur politik dan radikalisasi agama.

Komen Menteri Bayangan: Tiada (Shabudin Yahaya yang merupakan menteri bayangan sebelum ini telah menyertai Pakatan Harapan).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)

Menteri: Liew Vui Keong

Timbalan: Mohamed Hanipa Maidin

Pencapaian
  • Rang undang-undang untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan Dewan Rakyat.
  • Memulakan usaha untuk memulihkan hak Sabah dan Sarawak sebagai ahli setara.
  • Memuakan usaha untuk memansuhkan hukuman mati mandatori.
  • Nota Editor: Rang undang-undang untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 ditolak Dewan Negara. Parlimen tidak meluluskan pindaan perlembagaan berkenaan Sabah dan Sarawak, dan rang undang-undang untuk memansuhkan hukuman mati mandatori belum lagi dibentangkan.
Kelemahan
  • Belum lagi meminda Akta Dadah Merbahaya 1952 untuk memberi kelonggaran berkenaan hukuman mati.

Komen Menteri Bayangan Azalina Othman Said terhadap prestasi kementerian:

Pencapaian
  • Menubuhkan jawatankuasa pilihan di parlimen.
  • Melantik pembangkang sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Kelemahan
  • Kementerian belum berjaya menubuhkan mahkamah untuk mengendalikan jenayah seksual terhadap kanak-kanak di negeri-negeri lain dan belum meminda undang-undang berhubung perlindungan kanak-kanak.
  • Kementerian belum meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka.
  • Kementerian tidak mendapatkan maklum balas awam dalam banyak isu, antaranya ratififkasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) dan Statut Rom, dan pindaan perlembagaan berhubung status Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)

Menteri: P Waythamoorthy

Timbalan: Mohamed Farid Md Rafik

Pencapaian
  • Menjalinkan kerjasama berkesan antara kementerian-kementerian, pertubuhan penduduk dan sektor swasta bagi mempromosikan perpaduan.
  • Menganjurkan Konvensyen Orang Asli Kebangsaan buat julung-julung kalinya.
  • Melaksanakan sistem peruntukan dana yang lebih telus bawah Unit Transformasi India Malaysia (Mitra).
Kelemahan
  • Tiada komen.

Komen Menteri Bayangan Ismail Sabri Yaakob enggan memberi komen.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Menteri: Rina Harun

Timbalan: R Sivarasa

Pencapaian
  • Membantu usahawan di luar bandar untuk berjaya.
  • Membantu pelajar dari keluarga miskin untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi.
  • Memperkenalkan program Desa Harapan.
Kelemahan
  • Belum berjaya mengendalikan isu pelupusan sisa yang dihadapi penduduk kampung.
  • Belum berjaya melaksanakan program Desa Digital.
  • Belum berjaya menangani isu perpindahan populasi penduduk dari kampung ke kawasan bandar.

Komen Menteri Bayangan Annuar Musa enggan menjawab.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

Menteri: Mohammadin Ketapi

Timbalan: Muhammad Bakhtiar Wan Chik

Pencapaian
  • Memastikan Kuala Lumpur kekal dalam tangga sepuluh teratas untuk bandar yang paling banyak dikunjungi pada tahun 2018, menurut Euromonitor International.
  • Berjaya menganjurkan Kongres Sedunia Perpustakaan dan Maklumat.
  • Dondang Sayang diiktiraf sebagai salah satu khazanah budaya dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). (Dondang sayang merupakan muzik tradisional berasal dari Melaka)
Kelemahan
  • Kerana kekangan bajet, masih belum dapat melancarkan kempen yang lebih besar untuk mempromosikan pelancongan Malaysia.

Menteri Bayangan Nazri Abdul Aziz enggan menjawab.

Kementerian Pengangkutan

Menteri: Anthony Loke

Timbalan: Kamarudin Jaffar

Pencapaian
  • Mengurangkan kos perjalanan melalui pas bulanan tanpa had RapidKL dan diskaun 20 peratus untuk KTM Komuter dan BRT.
  • Menetapkan harga tiket penerbangan untuk musim perayaan pada kadar rendah.
  • Penyeragaman pengiraan fi lesen kenderaan motor perdagangan untuk Sabah dan Sarawak.
Kelemahan
  • Tiada komen.

Komen Menteri Bayangan Wee Ka Siong enggan memberi komen.

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli

Menteri: Xavier Jayakumar

Timbalan: Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

Pencapaian
  • Menyiapkan penstrukturan semula industri air Selangor.
  • Melancarkan Kempen Selamatkan Harimau Malaya.
  • Menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk pelombongan bauksit.
Kelemahan
  • Tiada komen.

Komen Menteri Bayangan Bung Moktar Radin terhadap prestasi kementerian:

Pencapaian
  • Tiada
Kelemahan
  • Belum selesaikan isu air di peringkat kebangsaan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan: Hannah Yeoh

Pencapaian
  • Memperkenalkan skim insentif i-Suri bagi menggalakkan suami menyumbang untuk dana persaraan isteri mereka.
  • Membenarkan orang awam memeriksa pesalah laku seksual kanak-kanak dalam satu senarai daftar.
  • Memperuntukkan RM10 juta untuk membina 50 pusat jagaan kanak-kanak di agensi awam di seluruh negara.
Kelemahan
  • Tiada

Menteri Bayangan Noraini Ahmad enggan memberi komen.

Kementerian Kerja Raya

Menteri: Baru Bian

Timbalan: Mohd Anuar Mohd Tahir

Pencapaian
  • Memansuhkan tol motosikal di tiga laluan jalan raya.
  • Memulakan pembinaan laluan jalan raya Sarawak-Sabah.
  • Melancarkan program Impact oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) - satu program penilaian dan pensijilan bagi Sistem Binaan Berindustri (IBS).
Kelemahan
  • Masih belum berjaya memansuhkan tol di lebuh raya.

Menteri Bayangan M Saravanan enggan memberi komen.

Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Timbalan: Steven Sim

Pencapaian
  • Memperkenalkan program Sekolah Kepemimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS).
  • Memperkenalkan Skim Kesihatan Khas untuk atlet.
  • Melaksanakan projek Riben Kuning, dengan tujuan menyediakan peluang kedua kepada bekas banduan dan bekas pelajar Henry Gurney untuk bekerja.
Kelemahan
  • Masih belum berjaya mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan kepada anak muda.
  • Masih belum berjaya menyediakan perumahan mampu milik kepada anak muda.
  • Masih belum menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun melalui pindaan perlembagaan.

Komen Menteri Bayangan Mohd Shahar Abdullah enggan memberi komen.

Menteri dan timbalan menteri Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dan Mohd Radzi Md Jidin, tidak memberi maklum balas terhadap permintaan Malaysiakini.

Menteri bayangan untuk Kementerian Hal Ehwal Ekonomi ialah Hasan Arifin. Beliau juga tidak memberi sebarang maklum balas terhadap permintaan Malaysiakini.

Lee Long Hui, Kow Gah Chie, Geraldine Tong, Zikri Kamarulzaman, Anne Muhammad, Shakira Buang, Annabelle Lee, Haspaizi Zain, M Fakhrull Halim, Alyaa Alhadjri dan B Nantha Kumar menyumbang untuk artikel ini.

Lihat Komen