malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Akta benih dikhuatiri jadikan beras lebih mahal, kurang khasiat
ADS

Sebuah kumpulan hari ini memberi amaran bahawa nasi yang merupakan makanan ruji nombor satu di Malaysia, mungkin menjadi lebih mahal serta kurang berkhasiat dan lazat jika undang-undang baru mengawal biji-bijian pertanian digubal.

Forum Keselamatan dan Kedaulatan Makanan Malaysia berkata ini kerana undang-undang benih yang dicadangkan itu boleh menggalakkan monokultur tanaman dan oligopoli oleh syarikat-syarikat besar.

“Kalau beberapa sahaja jenis benih yang (diluluskan untuk ditanam) tapi di tangan syarikat swasta. Ini bermakna monopoli mungki berlaku.

"(Kesannya), harga mungkin naik, jenis makanan di pasaran akan turun, (begitu juga) pilihan, kualiti dari segi khasiat, rasa,” kata ahli forum Chee Yoke Ling pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Chee, yang juga pengarah Third World Network, berkata monokultur sering mengalami masalah dengan zat makanan, serta penggunaan bahan kimia.

Penyelaras forum Fitri Amir pula berkata ini akan menjejaskan semua jenis tanaman makanan, termasuk buah-buahan.

Walaupun perladangan monokultur membawa kepada hasil yang lebih tinggi, pengkritik mendakwa bahawa menanam tanaman yang sama berulang kali memudaratkan nutrien tanah secara semulajadi dan memaksa petani untuk menggunakan baja kimia, yang seterusnya menjadikan tanaman kurang berkhasiat.

Ia juga membuat tanaman lebih mudah terdedah kepada perosak dan penyakit, yang akhirnya menggalakkan penggunaan bahan kimia tambahan ke atas tumbuh-tumbuhan.

 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub, bulan lalu memaklumkan kepada Parlemen bahwa rang undang-undang benih adalah hampir 99 peratus siap dan akan digunakan, khususnya untuk mengawal mutu benih padi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen