malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Henti cerca sesama menteri, kata Daim
Diterbitkan:  May 7, 2019 1:49 PM
Dikemaskini: 5:49 AM
ADS

Bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Daim Zainuddin menasihatkan menteri-menteri Pakatan Harapan supaya mengekang perselisihan secara terbuka mereka dan berhenti mencerca sesama sendiri kerana ini membantu naratif pembangkang bahawa kerajaan baru tidak layak untuk menerajui negara.

Mengakui bahawa ini akan mengambil masa bagi jemaah menteri yang baru setahun jagung itu untuk mentadbir dengan lancar, katanya adalah juga penting mereka memberi persepsi bahawa mereka serius untuk melaksanakan tanggungjawap mereka.

"Tunjukkan bahawa kerajaan ini adalah kerajaan yang serius, sebuah kerajaan yang bersatu. Kamu boleh mempunyai perbezaan pendapat, kamu boleh menyatakan pandangan kamu tetapi hanya kerana kamu ada pandangan tidak bermakna kamu betul.

"Apabila majoriti telah membuat keputusan, ini adalah demokrasi, kamu ikut keputusan majoriti. Begitulah cara kerajaan mentadbir. Jika tidak, akan ada kekecohan," katanya yang dipetik dalam temu bual dengan South China Morning Post.

Daim sendiri seorang bekas anggota kabinet di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad semasa era BN, bekata, formula itu menyaksikan BN dapat memerintah tanpa gangguan selama lebih enam dekad.

"Saya fikir (Perdana Menteri Dr) Mahathir (Mohamad) berjaya menyatukan mereka bersama. Perlu masa untuk gel.

“... (Tetapi) jangan di belakang berkata 'Oh, saya tidak setuju'. Tidak setuju, kamu letak jawatanlah."

Daim merujuk kepada pelbagai perselisihan umum oleh menteri dan pemimpin Pakatan Harapan berhubung beberapa keputusan yang dibuat oleh Putrajaya.

Menurut Daim, perselisihan terbuka ini digunakan oleh bekas perdana menteri Najib Razak, yang kini berdepan pelbagai pertuduhan jenayah untuk pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa, serta Umno untuk membuktikan pandangan mereka bahawa kerajaan baru tidak berfungsi.

Sejak mengalami kekalahan pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, Najib yang pada mulanya dijauhi oleh parti dan rakan seperjuangannya berjaya membuat penampilan semula dengan populariti terus melonjak, terutamanya dalam talian menerusi platform media sosialnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen