malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Muhyiddin mahu ubah tanggapan KDN kasar, salah guna kuasa
ADS

WAWANCARA | Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mahu menukar tanggapan orang ramai terhadap kementeriannya, daripada dilihat kasar dan penuh dengan salah guna kuasa menjadi organisasi yang prihatin dan berperikemanusiaan.

"Ia mengambil sedikit masa. Tetapi pastinya dan kami akan terus mara dengan harapan apabila kami memperkenalkan prosedur operasi standard yang cuba untuk dilaksanakan, supaya KDN menjadi lebih prihatin, lebih mengambil berat dan lebih berperikemanusiaan dalam pendekatan kami.

"Saya fikir hal ini baik untuk negara," katanya ketika wawancara bersama media baru-baru ini di Putrajaya.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau berjaya dalam mengubah mentaliti pihak di bawah Kementerian Dalam Negeri, seperti pasukan polis untuk berpihak kepada kebenaran dan keadilan.

Menteri berkata salah satu contoh usaha kementerian itu untuk menjadi lebih berperikemanusiaan dengan mengguba undang-undang keselamatan negara yang dilihat sebagai zalim.

"Ia tidak boleh terlalu menghukum, kejam. Sebab itulah kami meneliti perkara ini untuk menjadikannya lebih berperikemanusiaan," ujar presiden Bersatu itu.

Kurang kadar jenayah

KDN dijangka membentangkan reformasi undang-undang berupa pindaan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) pada sidang parlimen akan datang.

Muhyiddin yang juga MP Pagoh berkata undang-undang lain seperi Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) masih dalam kajian.

Bagaimanapun, Muhyiddin menjelaskan meski terdapat desakan untuk meminda undang-undang ini (Poca, Pota), namun demikian langkah-langkah pencegahan mungkin perlu diambil dalam keadaan tertentu.

"Kakitangan dalam kementerian saya dilihat kasar kerana mengambil tindakan (terhadap orang ramai) tetapi ia tidak begitu setiap masa.

"Terdapat keperluan untuk menunjukkan keprihatinan terhadap sebarang isu yang kamu hadapi dalam masyarakat. Terdapat juga peranan untuk kamu campur tangan sebelum sesuatu perkara berlaku.

"Tindakan perlu dilakukan sebelum sesuatu perkara terjadi, sebelum sebarang krisis atau masalah timbul kerana tidak mudah untuk kami menguruskan masalah (selepas tercetus) berbanding jika kami mengendalikannya terlebih dahulu (sebelum berlaku)," jelasnya lagi.

Muhyiddin berkata usaha untuk mengurangkan kadar jenayah dan memperbaiki tanggapan orang ramai terhadap polis masih berjalan, begitu juga langkah-langka menjaga keselamatan sempadan negara dan mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing tanpa dokumen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen