Pengiklanan

    Ketua bahagian Bersatu: Kami mahu MB jadi pengerusi negeri

    (Dikemaskini )

    Pertemuan antara majoriti ketua bahagian Bersatu Johor semalam mencapai persetujuan agar Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal dilantik sebagai pengerusi negeri.

    Seorang ketua bahagian yang hadir dalam pertemuan itu mengesahkan bahawa ia diadakan di Johor Bahru semalam.

    Enggan namanya didedahkan, beliau juga mengesahkan pertemuan itu diadakan oleh bekas menteri besar Osman Sapian.

    Pertemuan itu membawa kepada spekulasi Osman mahu kembali sebagai pengerusi Bersatu Johor. Beliau hilang jawatan tersebut setelah meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

    Ia di sebalik pelantikan Adun Puteri Wangsa Mazlan Bujang seperti yang disahkan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad.

    Bagaimanapun, ketua bahagian tersebut berkata persetujuan yang dicapai ialah mereka mahukan Sahruddin menggantikan Mazlan.

    "Ini agar selaras dengan status quo di mana menteri besar juga menjadi pengerusi negeri," katanya lagi.

    Katanya, 22 daripada 26 ketua bahagian hadir ke mesyuarat itu. Seorang lagi ketua bahagian turut dijemput tetapi tidak dapat hadir.

    Semalam, Malaysiakini melaporkan tentang pertemuan tersebut yang dikatakan untuk membantah pelantikan Mazlan.

    Pemilihan Sahruddin boleh dilihat sebagai kompromi tetapi ia memerlukan persetujuan kepimpinan pusat untuk mengubah keputusannya untuk melantik Mazlan.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih