malaysiakini logo
story-image
ADS

WAWANCARA | Lim Guan Eng menghadapi tahun pertama yang mencabar sebagai menteri kewangan.

Walaupun berkata telah mencapai hampir semua sasaran, beliau membangkitkan dua perkara yang ingin dilakukannya tetapi tidak terlaksana.

"Saya mahu lakukannya tetapi kita tiada kemampuan (means), pertama ialah mencipta lebih banyak pekerjaan terutama kepada graduan.

"Pada masa sama untuk menyemak dan malah mengurangkan kos sara hidup agar rakyat ada kuasa beli yang lebih tinggi.

"Kami berharap dapat melakukannya dalam belanjawan akan datang. Kita boleh wujudkan pekerjaan, terutama untuk graduan menganggur," katanya dalam wawancara bersama media di Putrajaya, baru-baru ini.

Beliau berkata mahu mengalihkan tumpuan kerajaan daripada projek mega kepada rakyat biasa.

"Saya penat dan bosan dengan 1MDB. Boleh tak kita fikir pasal satu Malaysia, bukan 1MDB? Malaysia yang ada pekerjaan, kuasa beli yang lebih tinggi dan kos sara hidup rendah," katanya.

Isu 1MDB adalah topik yang membangkitkan kemarahan Lim, yang sering dikritik kerana tidak boleh melihat melangkaui isu itu.

Tetapi baginya, tidak sukar untuk tidak merasa demikian terhadap skandal tersebut - di mana AS$4 bilion didakwa telah diselewengkan.

"Anda tahu ketika saya menjadi menteri kewangan, ketika sidang media pertama saya sangat marah.

"Bila saya lihat angka (berkenaan 1MDB), saya kata ia lebih teruk daripada yang dijangka. Kita telah (mula) membayar pinjaman 1MDB), 88 peratus daripada projek (Suria Strategic Energy Resources) telah dibayar walau hanya 13 peratus (kerja) siap.

"Ini tak boleh. Jika anda tak marah, anda bukan manusia," katanya ketika diminta mengulas persepi beliau seorang "kaki gaduh".

Lim tidak bersikap apologetik dalam perkara itu, dan berkata beliau hanya mahu berkata benar.

'330 peratus lebih sukar'

Baginya, kerjanya kini "330 peratus" lebih sukar berbanding ketika menjadi ketua menteri Pulau Pinang - peratusan itu adalah perbandingan belanjawan persekutuan dengan belanjawan negeri itu.

Tetapi Lim tampak bangga ketika menyenaraikan pencapaian kerajaan sepanjang setahun mentadbir.

Beliau berkata kerajaan berjaya menggantikan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) "tanpa menbankrapkan negara".

Beliau juga bangga dengan kerajaan yang telah memulakan pembayaran balik tunggakan GST dan cukai pendapatan.

Satu lagi pencapaian, katanya, ialah kemampuan kejayaan mengekalkan keadaan ekonomi yang baik.

"Itu ialah ujian yang telah berjaya dihadapi Malaysia," katanya lagi.

Lim berkata pelaburan langsung asing meningkat 48 peratus tahun lalu berbanding 2017, sementara kadar pengangguran pada 3.3 peratus.

Ia petanda Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh, katanya.

Beliau juga yakin negara akan dapat kembalik ke landasan ketika era pra-1MDB menjelang 2021.

Lihat Komen