BERITA

Lokman sasar 1 juta dalam himpunan anti-Statut Rom

5 5月 2019, 10:36 上午

Dikemaskini setahun lepas

A
+
A
-

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam berkata pihaknya merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran, 10 hari selepas Hari Raya Aidilfitri untuk membantah ratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Katanya, carian menerusi laman web Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati Malaysia masih merupakan negara yang meratifikasi statut berkenaan berkuatkuasa 1 Jun lalu.

Lokman berkata pihaknya mensasarkan himpunan kali ini disertai sejuta peserta seperti himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) tahun lepas.

"Sekiranya sebelum 31 Mei 2019, kerajaan Malaysia masih gagal untuk membatalkan ratifikasi Statut Rom, maka pada 15 Jun 2019 pihak kami, NGO dengan sokokongan parti politik akan gerakkan satu perhimpunan besar-besaran ala (himpunan enti) Icerd".

"Apabila kami meneruskan (himpunan ini) kami akan melakukan satu desakan dan desakan itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk (mendesak) parlimen dibubarkan," katanya dalam sidang media hari ini.

Umat ​​Islam dijangka merayakan Hari Raya Aidilfitri pada 5 Jun.

Lokman berkata kenyataan pemimpin Bersatu, Rais Yatim semalam merupakan isyarat bahawa kerajaan masih menimbangkan untuk meratifikasi perjanjian berkenaan.

Dalam satu forum anjuran Majlis Peguam di Kuala Lumpur semalam, Rais memberitahu kerajaan tidak membantah ratifikasi Statut Rom, tetapi menarik diri kerana situasi politik.

Lokman berkata orang ramai yang akan menyertai himpunan kali ini terdiri daripada pelbagai kaum dan mungkin melibatkan segelintir NGO Melayu dan bukan Melayu, serta parti-parti politik.

Bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii turut dilihat dalam sidang media tersebut.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Komen