malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dua maut dihempap timbunan kotak kurma
ADS

Dua lelaki warga Bangladesh maut selepas dihempap kayu alas dan timbunan kotak berisi buah kurma di sebuah gudang di Lorong Perindustrian Bukit Minyak, di Bukit Mertajam, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 40-an merupakan pekerja di gudang berkenaan maut di tempat kejadian di percayai akibat kecederaan parah apabila kotak kurma yang disusun tiga tingkat runtuh

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Pulau Pinang berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pukul 11 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat Perda ke lokasi kejadian.

"Pihak kami menerima laporan memaklumkan terdapat dua pekerja sebuah gudang milik sebuah syarikat kurma telah dihempap kayu alas dan kotak yang berisi buah kurma.

"Sebaik kami tiba di lokasi kejadian mendapati dua pekerja itu tidak sedarkan diri dan mereka telah di tarik keluar dari timbunan kayu serta kotak kurma oleh pekerja lain yang berada di gudang berkenaan," katanya.

Jurucakap itu berkata dua lelaki Bangladesh berkenaan di sahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang berada di gudang berkenaan.

Katanya berdasarkan maklumat awal, kayu alas dan kotak kurma berkenaan yang disusun tiga tingkat runtuh semasa kerja mengeluarkan kotak tersebut dari rak lalu menghempap dua pekerja itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid ketika di hubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata mayat dua lelaki itu di hantar ke Hospital Seberang Jaya untuk di bedah siasat.

Katanya setakat ini pihaknya mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah namun siasatan lanjut masih dijalankan.


-- Bernama

Lihat Komen