malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
ADS

Perhimpunan “mempertahankan kedaulatan Ummah" anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang diadakan hari ini akan disiasat dibawah seksyen 9 (1) bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Fahmi Visuvanathan berkata ini kerana pihak penganjur didakwa gagal mengemukakan dokumen lengkap kepada PDRM.

Menurut Mohd Fahmi, penganjur perlu mengemukakan jawapan kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku pemilik kawasan perhimpunan kepada kepada pihak polis 10 hari sebelum perhimpunan itu diadakan.

“Perhimpunan berlangsung dengan aman tanpa sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun kita kena lihat balik kerana walaupun penganjur ada beri notis pemakluman kepada polis sebagaimana diperuntukkan dalam undang-undang tapi masalahnya, sepatutnya ada notis dilampir bersama antaranya jawapan dari DBKL.

“Kita kena lihat dari segi notis yang diberikan dan kita akan siasat dibawah 9 (1) bawah APA 2012,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pemakluman lokasi

Di bawah peruntukan itu, pihak penganjur perlu memaklumkan kepada polis lokasi perhimpunan yang bakal diadakan dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan berlangsung.

Mengulas lanjut himpuan hari ini, Mohd Fahmi berkata polis menggangarkan seramai 3500 peserta yang hadir pada perhimpunan terbabit dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu Pengerusi Sekreteriat Ummah, Aminuddin Yahaya (gambar) ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa pihaknya gagal mendapatkan kebenaran dari DBKL.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada masalah untuk disiasat pihak berkuasa.

“Nak siasat tak ada masalah. Sebenarnya kita ada hantar pada DBKL tapi tak dapat jawapan dari DBKL sebab tu kita tak hantar.

“Dia (polis) nak siasat tak ada masalah, yang penting tiada rusuhan berlaku, kita tak ada masalah dengan siasatan,” katanya.

Aminuddin mendakwa seramai 10,000 orang turun dalam perhimpunan yang bermula jam 1.30 tengah hari berakhir pada jam 3.30 petang hari ini.

Perhimpunan itu bermula di Masjid Jamek dan berakhir di Sogo yang turut menghimpunkan pemimpin NGO dan parti politik daripada PAS, Umno dan Ikatan.

Perhimpunan itu membawa isu seperti kedudukan  Islam, seperti Statut Rom, kematian anggota Bomba, allahyarham Muhammad Adib Kassim dan pelbagai isu lain yang bercanggah Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, turut kelihatan peserta yang membawa plakat menyokong Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Lihat Komen