malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
AS, Singapura akan pulangkan 'wang 1MDB' RM930j pada Malaysia
Diterbitkan:  May 3, 2019 1:54 PM
Dikemaskini: 5:56 AM
ADS

Pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Singapura dilapor sedang bersedia untuk memulangkan dana RM930 juta yang didakwa disalah guna dari 1MDB.

Memetik sumber, Bloomberg melaporkan kerajaan AS akan memulangkan AS$200 juta (RM828 juta), termasuk wang AS$140 hasil jualan saham Hotel Park Lane, New York dan $60 million bayaran penyelesaian oleh pengeluar filem Hollywood.

Pemindahan itu dijadual dibuat minggu depan, menurut dua pihak yang enggan identitinya mereka tidak didedahkan.

Singapura pula, lapor akhbar perniagaan itu, dijangka memulangkan kira-kira S$35 million (RM106 million) yang diserahkan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng dan keluarganya yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Semalam, DOJ mendedahkan “penjaga” permata yang dikaitkan dengan 1MDB Evelyn Goh, yang juga ibu ahli perniagaan kontroversi Jho Low, bersetuju memulangkannya kepada pihak AS.

Low melalui peguamnya berkata pemulangan itu tidak bermaksud pihaknya mengaku melakukan kesalahan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah merayu pelbagai negara membantu mendapatkan semula wang 1MDB yang didakwa disalah guna bernilai AS4.5 bilion.

[Baca berita asal]

Lihat Komen