malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Anwar: Elit bandar tak faham kritikan saya
ADS

Presiden PKR, Anwar Ibrahim mempertahankan kritikannya baru-baru ini bahawa kerajaan diihat tunduk dan memberikan tumpuan terlalu banyak kepada golongan elit bandar.

Pada masa sama Anwar juga menafikan beliau hanya mahu perhatian diberikan terhadap isu-isu yang membabitkan kebajikan kaum Melayu.

"Dalam beberapa minggu lalu, kerana kritikan saya mengenai golongan elit bandar, sebahagian daripada mereka berkata, nah (dia) sebenarnya orang yang bertopeng perkauman kerana Anwar nampaknya begitu mengambil berat terhadap kebajikan orang Melayu"

"Kamu tolak perkauman, tapi ketika kamu dikritik kerana kamu tidak cukup menceritakan masalah orang miskin dan yang dipinggirkan, tiba-tiba (kamu) kata kritikan itu adalah kerana kami mewakili orang Melayu," katanya dalam ucapan pada hari kedua Persidangan Belia Al Sharq di Kuala Lumpur pagi ini.

Anwar sebelum ini dilaporkan menggesa Pakatan Harapan (PH) mengalihkan perhatian daripada keutamaan terhadap elit bandar kepada isu-isu kos sara hidup yang dihadapi masyarakat Melayu di luar bandar. 

Bagaimanapun pandangan itu dikritik beberapa pihak seperti peguam Lawyers For Liberty N Surendran yang mengatakan pembaharuan institusi dan hak asasi manusia tidak boleh dikaitkan dengan isu elit bandar.

Anwar menjelaskan beliau juga menekankan terhadap isu demokrasi, pembaharuan institusi dan hak asasi manusia, namun menegaskan ekonomi tidak harus meninggirkan orang msikin.

"Saya tidak apologetik kerana saya seorang Melayu.

"Saya prihatin terhadap kebajikan umat Islam yang membentuk majoriti di negara ini, tetapi saya (juga) manusia yang percaya keadilan kepada semua, yang faham dan menghayati masalah-masalah miskin luar bandar dan golongan miskin di bandar.

"Orang miskin tetap orang miskin.

"Sama ada dia Melayu atau Cina atau India atau Dayak. Sesiapa yang ditindas adalah mangsa, sama ada dia seorang Muslim, Kristian, Buddha atau Hindu. Itulah pendirian Islam yang saya percaya, "jelasnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen