malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Muhyiddin ditawar jawatan PM lepas PRU14 - Setpol
Diterbitkan:  Apr 26, 2019 7:06 PM
Dikemaskini: 11:06 AM
ADS

Muhyiddin Yassin ditawarkan jawatan perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-14 lalu, menurut setiausaha politiknya Marzuki Mohamad.

Bagaimanapun, presiden Bersatu menolak tawaran itu atas dasar menghormati Dr Mahathir Mohamad dan janji untuk meletakkan beliau sebagai perdana menteri sekirangan PH menang PRU14.

Pada suatu hantaran di Facebook, Marzuki berkata tawaran itu dibuat oleh "seorang individu berpengaruh" yang tidak dinamakannya.

"Malah, di ambang pembentukan kerajaan Pakatan Harapan selepas 9 Mei 2018, seorang individu berpengaruh menawarkan jawatan perdana menteri kepada Muhyiddin. Tetapi tawaran ini ditolak oleh Muhyiddin kerana rasa hormat beliau kepada Dr Mahathir selain janji yang telah termeterai untuk menjadikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri," katanya.

Marzuki mengulas tulisan Tamrin Abdul Ghafar yang menulis artikel bertajuk “Jika tak nak bantu jangan jadi hantu” mengenai penubuhan Bersatu yang didakwa Marzuki memaparkan Muhyiddin sebagai "seorang yang tamak kuasa dan ingin menghalang Dr Mahathir daripada menjadi perdana menteri."

Tamrin merupakan anak lelaki allahyarham Ghafar Baba yang berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dari 1986 ke 1963 di bawah pentadbiran Mahathir ketika kali pertama menjadi perdana menteri.

"Saya tidak ingat bila masa Tamrin berada dalam Bersatu. Mungkin kerana dia tidak berada dalam Bersatu, dia tidak tahu sejarah sebenar," kata pegawai khas Muhyiddin itu.

Marzuki berkata pada waktu itu, Bersatu tidak menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri, malahan beberapa anggota majlis tertinggi parti meminta pendirian Muhyiddin kerana mereka fikir beliau juga layak bagi jawatan tersebut.

"Tetapi Muhyiddin tegas mengatakan tiada orang yang lebih layak untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri selain daripada Dr Mahathir. 

"Malah, Muhyiddin lah orang yang pertama membuka mulut dalam Mesyuarat MPT Bersatu mengesyorkan agar Bersatu secara rasmi menamakan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri.

"Yang selebihnya adalah sejarah," katanya lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen