malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Hajat PCM jadi komponen BN belum kesampaian
Diterbitkan:  Apr 26, 2019 6:32 PM
Dikemaskini: 10:42 AM
ADS

Permohonan Parti Cinta Malaysia (PCM) untuk menjadi anggota komponen gabungan itu masih belum diperakukan, maklum Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor.

Adnan berkata demikian pada sepucuk surat kepada PCM bertarikh 22 April lalu.

Sebaliknya, kata Adnan lagi, BN cuma menerima parti itu sebagai "ahli gabungan".

"Dewan Tertinggi BN memutuskan bahawa permohonan PCM untuk menjadi salah sebuah parti komponen Barisan Nasional belum lagi dapat diperakukan buat masa ini.

"Walau bagaimanapun mesyuarat memutuskan bahawa PCM diterima menjadi ahli bergabung Barisan Nasional," kata surat itu.

Ketika dihubungi, pengasas dan pemimpin PCM, Huan Cheng Guan berkata partinya memutuskan menyertai BN kerana sistem gabungan dua parti menyukarkan parti politik untuk bergeak sendirian.

"Terdapat PH dan BN. Saya ada ramai kawan dalam BN," kata Huan yang menubuhkan PCM pada 2009.

Huan merupakan bekas naib presiden Gerakan, parti yang keluar BN pada Jun lalu.

Ditanya mengenai tawaran PCM untuk BN, Huan berkata gabungan itu akan mendapat manfaat daripada partinya yang pelbagai kaum dan mempunyai anggota di seluruh negara, malahan di Malaysia Timur.

Pada 2008, BN memiliki 14 parti komponen tetapi kini cuma tinggal tiga parti pengasas gabungan itu dalam Perikatan iaitu Umno, MCA dan MIC. 

Lihat Komen