malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Harga RON97 naik 1sen, RON95 dan diesel kekal
ADS

Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter kepada RM2.81 seliter bagi tempoh 27 April hingga 3 Mei.

Kementerian Kewangan berkata harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal- masing-masing pada kadar RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh berkenaan.

"Anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 27 April hingga 3 Mei adalah berjumlah RM133.62 juta,” menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Ia menarik perhatian bahawa berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 sepatutnya naik satu sen seliter daripada RM2.50 seliter kepada RM2.51 seliter, dan bagi diesel naik dua sen seliter daripada RM2.46 seliter kepada RM2.48 seliter.

Namun, Kementerian Kewangan berkata harga runcit petrol RON95 dan diesel dikekalkan bagi tempoh berkenaan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

-Bernama

Lihat Komen