malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lima rangkap pantun nukilan Sim buat Najib
Diterbitkan:  Apr 26, 2019 6:09 PM
Dikemaskini: 10:19 AM
ADS

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim hari ini mengirim lima rangkap pantun kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Ia selepas Najib berkongsi laporan kenyataan Sim yang menggesa orang ramai agar tidak berkongsi mesej kebencian dan berita palsu di media sosial.

Najib mempersoalkan kenyataan itu apabila mendakwa beliau tidak pernah mendengar Sim, atau pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain, membuat gesaan sama sebelum PRU ke-14.

"Padahal PH, terutama DAP, yang pakar untuk menyebarkan propaganda kebencian, kemarahan, serangan peribadi dan berita palsu," katanya.

Dengan tanda pagar #PantunBattle dan #JanganTakBalas, Steven yang juga penulis buku puisi Dalam Salju Ada Bunga membalas kenyataan Najib dengan pantun seperti berikut:

Makan cabai terasa pedas
Meroyan pagi sampai ke petang
Tuah badan bosskur membalas
Berjuta masuk terlepas pandang.

Dulu Birkin kini bosskur
Haloba siapa mangsanya siapa
Dato Seri troll, saya pun akur
Dato Seri tegur, saya pun sapa.

Kura-kura nak jadi angsa
Mana hilang si buah manggis
Pura-pura nak jadi mangsa
Mana hilang pendekar Bugis?

Minta belas mengelak mati
Bacul melayang beralih-alih
Yang hak jelas batil pun pasti
Empunya wayang tak usah dalih.

Tuan menganyam tak pernah rampung
Dongeng didalang mendabik dada
Ibarat ayam riuh sekampung
Cumanya malang telur tiada.

 

Lihat Komen