malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lihat anak bulan Ramadan 5 Mei ini
Diterbitkan:  Apr 26, 2019 6:07 PM
Dikemaskini: 10:07 AM
ADS

Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan​​​​​​ permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada Ahad, 5 Mei bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi.

Ia merangkumi:

  1. Pontian Kecil, Johor
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
  3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
  5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor
  6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
  7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak
  8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
  9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
  10. ​​​​​​​​​​​​​​Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
  11. Menara Alor Setar, Kedah
  12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu
  13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
  14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
  15. ​​​​​​​Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
  16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
  17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
  18. ​​​​​​​Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan
  19. ​​​​​​​Esplanade Luak, Miri, Sarawak
  20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
  21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak
  22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
  23. ​​​​​​​Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
  24. ​​​​​​​Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
  25. ​​​​​​​Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
  26. ​​​​​​​Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
  27. Menara Kuala Lumpur
  28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
  29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan​​​​​​​ puasa melalui radio dan televisyen,” menurut kenyataan itu.

- Bernama

Lihat Komen