malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MB: Bekalan air di kawasan terjejas pulih 93 peratus
ADS

Pengagihan dan penyaluran bekalan air ke kawasan terjejas telah dapat dipulihkan lebih cepat daripada tempoh 86 jam yang disasarkan dengan jumlah agihan kembali pulih 93 peratus setakat 12.30 tengah hari ini.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, beliau percaya masalah gangguan bekalan air berjadual susulan aktiviti penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRASSP2), akan pulih lebih awal​​​​​​​ oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

"Bagi pihak kerajaan negeri, kita minta maaf kepada pengguna kerana masalah ini dan ia bukan disengajakan tetapi kita buat untuk menjamin bekalan air yang sempurna kepada pengguna," katanya pada sidang media sempena program Jelajah Maju Bersama Menteri Besar Selangor di daerah Kuala Selangor.

Bermula Rabu lepas, sebanyak 577 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air sementara disebabkan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di LRA SSP2.

Gangguan air itu melibatkan wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor serta melibatkan 620,835 pemilik akaun Syabas.

-Bernama

Lihat Komen