malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pelajar IMU kosongkan bangunan susulan ancaman bom
ADS

Pelajar Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) di Bukit Jalil diarah meninggalkan kelas susulan ancaman bom hari ini.

Salah seorang kakitangan di universiti itu yang enggan dinamakan memberitahu Malaysiakini bahawa mereka diminta mengosongkan bangunan kira-kira pukul 2 petang selepas pihak pengurusan dimaklumkan mengenai ancaman berkenaan.

Setakat ini, perincian berhubung ancaman bom berkenaan masih tidak jelas dan polis sedang melakukan siasatan.

Ketua Polis Cheras Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mengesahkan polis sudah dimaklumkan mengenai ancaman berkenaan.

"Kita menerima maklumat dan polis mengambil langkah susulan mengikut prosedur piawai operasi (SOP)," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, menurut kakitangan IMU, polis menutup jalan berhampiran pintu masuk universiti.

"Polis sudah sampai. Pelajar diminta mengosongkan bangunan meskipun hari hujan," katanya.

Tambahnya, pengurusan universiti memaklumkan pelajar bahawa semua aktiviti akademik hari ini ditangguhkan.

Pelajar juga dilarang untuk menyebarkan spekulasi berhubung perkara itu di media sosial.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen