malaysiakini logo
story-image
ADS

WAWANCARA | Pakar ekonomi masih yakin dengan masa depan Tabung Haji (TH) walaupun prestasinya merosot sehingga terpaksa mengumumkan hibah paling rendah dalam sejarah baru-baru ini.

Bekas naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Noor Azlan Ghazali justeru berkata TH tidak patut diberikan gelaran negatif, seperti skim cepat kaya Pak Man Telo.

"Kalau ada yang terjemahkan operasi TH umpama skim cepat kaya Pak Man Telo, ia terlalu naif, juga jijik bagi saya," katanya dalam satu wawancara bersama Malaysiakini baru-baru ini.

Skim cepat kaya Pak Man Telo diperkenalkan Osman Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pak Man Telo dari Taiping, Perak berjaya menipu hampir 50,000 orang pelabur dengan dana hampir RM100 juta.

Pak Man Telo ditahan pada 11 April 1991 dan telah dibuang daerah di Kampung Terong, Kuala Berang, Hulu Terengganu di bawah Ordinan Darurat.

Beliau mengingatkan tentang purata deposit RM14 bilion yang masuk setiap tahun di samping hanya RM11 bilion yang keluar.

"Salah satu keunikan TH ia umpama ada simpanan tetap apabila 3.2 juta mendaftar untuk menunaikan haji dengan kadar minima RM1,300, dan sekurang-kurangnya RM4.16 bilion berada dalam kantung TH untuk satu tempoh yang agak panjang.

"Saya tak akan keluarkan simpanan untuk menunaikan haji, jika tidak (sekiranya dikeluarkan) saya pastinya kena ambil giliran baru, inilah salah satu keunikan TH," katanya lagi.

Jelas Noor Azlan, TH sebenarnya secara tidak langsung memberi gambaran tentang kekuatan dan kehebatan ekonomi umat Islam di negara ini.

TH paling 5 April lalu mengumumkan hibah 1.25 peratus bagi tahun 2018 ekoran kerugian yang kerajaan terpaksa menyediakan dana RM17.8 bilion bagi memulihkan TH.

Azlan bagaimanapun yakin kemelut yang dihadapi TH bersifat sementara dan mampu dipulihkan apatah lagi dengan sokongan kerajaan.

"Kalau ada masalah yang besar, bagi institusi yang besar seperti TH ini yang dikatakan berhadapan krisis ia pastinya tidak boleh disorok,” katanya.

Jelas beliau lagi, kerugian yang dialami TH juga turut disebabkan kemerosotan nilai saham selepas pilihan raya umum (PRU) ke- 14.

Lihat Komen