malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Wanita didakwa dera 2 anak rakan guna penyepit besi panas
Diterbitkan:  Apr 26, 2019 3:28 PM
Dikemaskini: 7:28 AM
ADS

Seorang penjual minyak wangi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan mendera dua anak rakannya menggunakan penyepit besi panas sehingga melecur pada bahagian kaki.

Meizura Kadis, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, wanita itu didakwa dengan sengaja mendera dengan mencucuh penyepit besi panas ke atas dua kanak-kanak perempuan, masing-masing berusia 12 tahun dan sembilan tahun sehingga menyebabkan kesan melecur pada bahagian kaki kiri dan kanan mereka.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Kuchai Maju 2, Off Jalan Kuchai Lama, Brickfields di sini pada 12 tengah malam antara 11 Jun hingga 29 Okt 2018 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif tidak menawarkan wang jaminan, bagaimanapun, Meizura yang tidak diwakili peguam memohon untuk melantik peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 10 Mei untuk sebutan semula kes.

- Bernama

Lihat Komen