malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Azis Jamman selamat dibedah
Diterbitkan:  Apr 26, 2019 2:55 PM
Dikemaskini: 6:55 AM
ADS

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman yang mengalami kecederaan selepas terbabit kemalangan motosikal Rabu lepas selamat menjalani pembedahan semalam.

Menurut kenyataan media di group WhatsApp Media Datuk Azis Jamman, Azis yang juga Anggota Parlimen Sepanggar selamat menjalani pembedahan itu di Hospital Gleneagles kira-kira pukul 11 malam tadi.

"Datuk Azis berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan susulan pembedahan.

"Hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat dan doktor menasihati Datuk Azis supaya berehat buat masa ini," jelas kenyataan itu.

Dalam kejadian Rabu lepas, motosikal ditunggangi Azis terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai Konvoi Jelajah Kesedaran Bahaya Dadah di Nabalu, Jalan Tamparuli-Ranau, dekat Kota Kinabalu hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika Azis yang juga Anggota Parlimen Sepanggar menunggang motosikalnya bersama-sama peserta konvoi lain ketika dalam perjalanan menuju ke Ranau.

- Bernama

Lihat Komen