malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Menteri: Tambahan 1.9 juta tan import minyak sawit bantu pekebun kecil
ADS

Menteri Industri Utama Teresa Kok percaya bahawa rancangan China untuk membeli tambahan 1.9 juta tan minyak sawit dari Malaysia dalam tempoh lima tahun akan sangat membantu para pekebun kecil.

"Saya tidak dapat beritahu bagaimana ia dapat membantu harga minyak sawit kerana sama seperti harga petroleum, harga minyak sawit sentiasa berubah setiap hari.

"Tetapi pastinya, ini merupakan bantuan besar kepada pekebun kecil," katanya kepada media ketika menghadiri forum mengenai pelaksanaan biodiesel B7 di Selangor.

"Itu jumlah yang besar untuk tempoh lima tahun. Kita menjangkakan peningkatan sebanyak 200,000 tan (eksport minyak sawit ke China) pada tahun ini," katanya.

Tambah Kok, dia akan terus mengikuti perkembangan perkara itu dan sedang menyusun kunjungan ke China pada Mei dengan harapan memorandum persefahaman akan ditandatangani dalam kunjungan itu.

Menurutnya, pasukan petugas khas sudah ditubuhkan untuk memantau perkara itu dengan lebih teliti.

Dalam kenyataan media minggu lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Putrajaya "mengambil mafaat" dari keputusan meneruskan semula projek Rel Keretapi Pantai Timur (ECRL) dengan pembelian minyak sawit oleh China, meskipun kedua-dua perkara itu tidak mempunyai kaitan langsung.

Sementara itu, Kok percaya harga pasaran akan menjadi kebimbangan utama bagi pihak dalam industri yang menggunakan biodiesel B7 bermula 1 Julai.

Sektor berkenaan akan diwajibkan menggunakan biodiesel B7 bermula tarijh berkenaan.

Biodiesel B7 terdiri daripada tujuh peratus minyak sawit dan 93 peratus diesel petroleum.

"Ketika ini, harga biodiesel B7 tinggi 0.41 sen seliter berbanding bahan diesel fosil," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen