BERITA

‘Tak boleh batalkan perlembagaan Johor hanya kerana isu dengan sultan’

Zikri Kamarulzaman

24 Apr 2019, 11:15 tengahari

Dikemaskini setahun lepas

A
+
A
-

Bekas menteri besar Johor Khaled Nordin membidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang berkata undang-undang tubuh negeri itu terbatal.

“Dia tidak boleh kata undang-undang tubuh negeri terbatal hanya kerana dia bertelagah dengan sultan Johor,” katanya kepada Malaysiakini.

Khalid berkata Malaysia ialah sebuah negara persekutuan, bukan kerajaan kesatuan (unitary nation).

“Peguam negara patut nasihat Mahathir dalam isu ini,” katanya.

Mahathir hari ini menulis blog mendakwa undang-undang tubuh Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan.

Perlembagaan Johor dimasyurkan pada tahun 1895 manakala Perlembagaan Terengganu dirangka pada tahun 1911.

Kenyataan Mahathir itu dibuat selepas pertelingkahan dengan istana Johor dalam isu pemilihan menteri besar dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco).

[Baca berita asal]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.