malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bank Switzerland akui pegawainya silap nilai ekonomi M'sia
Diterbitkan:  Apr 24, 2019 3:47 PM
Dikemaskini: 7:56 AM
ADS

Bank gergasi Switzerland, UBS mengakui pegawainya, Kelvin Tay melakukan kesilapan berhubung penilaian ekonomi Malaysia yang dilaporkan secara meluas.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank cawangan Singapura itu berkata Tay mendakwa Malaysia memiliki defisit akaun semasa.

Malaysia sebaliknya mempunyai lebihan akaun semasa (nilai jumlah eksport melebihi import) selama lebih 20 tahun.

Bank itu juga menjelaskan bahawa Tay telah secara salah menyatakan bahawa penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh Putrajaya akan menyebabkan pergantungan yang lebih tinggi terhadap hasil minyak.

Ketua komunikasi korporat UBS Singapura, Adeline Lee menjelaskan bahawa Tay, ketua pegawai pelaburan serantau bank itu, telah membuat kesilapan kerana tempoh wawancara "live" yang singkat dengan Bloomberg.

Sehubungan itu beliau berkata bank itu "kesal dengan sebarang salah faham" hasil daripada wawancara itu.

Penilaian dilakukan Tay itu dibuat ketika banyak laporan berita menegaskan keadaan pasaran saham Malaysia kurang baik berbanding negara-negara jirannya. 

Pengkritik kerajaan menggunakan penilaian Tay sebagai bukti bahawa ekonomi Malaysia diuruskan dengan teruk.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming dan setiausaha politik kepada menteri kewangan, Tony Pua menegaskan pihak Tay melakukan kesilapan.

Lihat Komen