malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
ADS

KES NAJIB l Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa Najib Razak menyerahkan RM238,914 kepada ahli perniagaan Lim Soon Peng untuk dibelanjakan bagi membiayai kandungan dan penulis laman Facebook Ah Jib Gor.

Saksi Wong Nai Chee yang juga adalah setiausaha politik kepada Najib dari tahun 2011 hingga 2018, berkata demikian semasa perbicaraan bekas perdana menteri itu yang berdepan dengan tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah.

Wong berkata Lim membayar sebuah syarikat yang dikenali sebagai AG Network untuk mentadbir laman Facebook itu manakala lebihan wang dibelanjakan untuk membiayai Akademi Kewartawanan & Maklumat Taima (Akit) untuk mengupah penulis kandungan Cina yang "objektif".

Ketika disoal oleh TPP Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Wong menjelaskan bahawa Lim adalah pemimpin akar umbi Cina yang berpengaruh dan mampu menghimpunkan orang ramai jika diminta berbuat demikian.

Katanya, Lim tidak mempunyai hubungan dengan kedua-dua syarikat itu.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela utama, Muhammad Shafee Abdullah, Wong berkata laman Facebook Ah Jib Gor diwujudkan untuk mempengaruhi masyarakat Cina.

Beliau berkata laman itu direka untuk menggambarkan dasar kerajaan secara tepat kepada pembaca.

Shafee: Adakah (laman yang direka bentuk itu) untuk memahami masyarakat (dengan lebih baik) dan berkhidmat untuk mereka?

Wong: (Ia adalah) untuk masyarakat (Cina) lebih memahami kerajaan.

Laman Facebook Ah Jib Gor dilancarkan pada tahun 2012 dan kini mempunyai 204,241 pengikut. Kali terakhir laman itu dikemas kini pada 8 Nov 2018.

Mengenai penulis kandungan Cina, Shafee bertanya mengapa Wong menyebut bahawa para penulis perlu "objektif" dan saksi menjelaskan bahawa ini adalah strategi politik.

"Kami dapati bahawa sebelum pilihan raya umum, banyak tulisan (kandungan) Cina adalah negatif (terhadap kerajaan).

"Jadi kami mahu menjadi lebih objektif," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen