malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Parlimen digesa bahas laporan Suhakam - Pesuruhjaya
ADS

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa pentadbiran PH supaya memastikan laporan tahunannya bagi 2018 dibahaskan di Dewan Rakyat.

Semenjak penubuhannya pada tahun 2000, laporan tahunan Suhakam cuma dibentang tetapi tidak pernah dibahaskan di Dewan Rakyat.

Pada sidang akhbar melancarkan laporan tersebut hari ini, Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph berkata beliau menjangkakan ia dibahas pada sidang parlimen yang baru berakhir April ini.

Bagaimanapun, harapannya tidak kesampaian apabila Menteri Undang-undang Liew Vui Keong membentangkan laporan tahunan Suhakam pada hari terakhir sesi Dewan Rakyat tanpa diperuntukkan masa bagi membahaskan kandungannya.

"(Untuk perbahasan) menjadi kenyataan, menteri Liew perlu membawa dan membentangkannya sekali lagi di parlimen sebagai agenda.

"Kami berharap pada sidang parlimen (Julai akan datang) untuk kali pertama kami akan mendengar laporan tahunan Suhakam dibahaskan anggota parlimen," katanya ketika sesi soal-jawab.

Menurut Jerald, Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof, Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus serta Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender telah berjanji untuk menyokong laporan Suhakam dibahaskan di parlimen.

Katanya, Suhakam sedia membantu jika menteri undang-undang memerlukan bantuan dalam perbahasan.

"Kami bersiap sedia (membantu menjawab) apa jua soalan," jelas Jerald lagi.

Laporan Suhakam mencatatkan suruhanjaya itu telah menerima kenaikan jumlah aduan pada 2018 sebanyak 1,180 aduan, peningkatan 46.9 peratus daripada 803 aduan pada tahun sebelumnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen