malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Gempa Taiwan: Seorang rakyat M'sia cedera
Diterbitkan:  Apr 18, 2019 9:03 PM
Dikemaskini: 1:03 PM
ADS

Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegarkan Taiwan pada Khamis petang menyebabkan beberapa kecederaan selain kerosakan bangunan dan menjejaskan pengangkutan awam.

Dua pelancong termasuk seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 40 tahun dilaporkan cedera akibat terjatuh ketika mendaki gunung di Taman Negara Taroko, dan dikejarkan ke sebuah hospital di Hualien

Seorang lagi pelancong wanita warga Taiwan berusia 54 tahun mengalami kecederaan di kepala dan menerima rawatan di hospital.

Di New Taipei, enam kes terperangkap dalam lif dilaporkan pada pukul 1.50 pagi bagaimanapun kesemua mangsa berjaya diselamatkan, menurut jabatan bomba.

Sebuah bangunan di Chang An East Road didapati condong menyebabkan lebih 30 orang terpaksa dipindahkan ke kawasan berdekatan.

Menteri Dalam Negeri Hsu Kuo-yung berkata hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pakar mendapati bangunan itu selamat untuk diduduki.

Operasi semua laluan sistem Mass Rapid Transit (MRT) Taipei turut digantung selama 90 minit.

-Bernama

Lihat Komen