malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tapak hospital baru di Kampar dikenalpasti
Diterbitkan:  Apr 18, 2019 6:29 PM
Dikemaskini: 10:29 AM
ADS

Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti tapak yang sesuai bagi projek pembinaan hospital baharu di daerah Kampar, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng berkata tapak seluas 24.3 hektar itu terletak kira-kira 10 kilometer dari tapak hospital sedia ada.

"Tadi saya melawat tapak itu yang saya rasa paling sesuai seperti yang dicadangkan Jabatan Kesihatan negeri, Pejabat Daerah dan Tanah... saya tengok dari segi lokasi agak sesuai.

"Namun ada isu yang memerlukan pengambilan tanah kerana sebahagian tanah adalah milik swasta, sebahagian milik kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Kampar hari ini.

Dr Lee berkata sekiranya keputusan untuk menggunakan tanah itu dapat diputuskan secepat mungkin, kerja-kerja pengambilan tanah dijangka dapat dilakukan seawal tahun depan.

Dr Lee juga berkata terdapat beberapa cadangan untuk pengambilan tanah tersebut termasuklah pertukaran tanah..

"Kita sudah ada satu tapak di bawah kementerian sama ada kita boleh lakukan land swapped (pertukaran tanah) atau cara lain seperti peruntukan khas bagi membina hospital baharu yang akan diputuskan oleh kerajaan persekutuan serta kerjasama kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata sekiranya Hospital Kampar yang baharu dengan kos bernilai kira-kira RM120 juta siap, ia boleh menempatkan 90 katil pesakit berbanding 68 di hospital sedia ada.

- Bernama

Lihat Komen