malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Pegawai polis 'dilarang' sertai operasi lepas siasat kem Wang Kelian
ADS

RCI WANG KELIAN | Seorang bekas pegawai polis berkata dia dimaklumkan mengenai pembabitan orang Malaysia dalam sindiket penyeludupan manusia di kawasan sempadan di Wang Kelian, Perlis seawal 2015.

Selepas menyiasat maklumat berkenaan dan memaklumkannya kepada pihak atasan apa yang ditemui, T Sivaganam berkata, dia "dilarang" untuk menjalankan operasi lagi di kawasan terbabit.

Katanya larangan itu berterusan sehinggalah dia bersara daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Julai 2016.

Memberikan keterangan di depan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Wang Kelian di Putrajaya hari ini, Sivaganam yang ketika itu berpangkat DSP berkata, seorang lelaki tidak dikenali menghubunginya melalui telefon pada 20 Jan 2015.

Kata Sivaganam lelaki terbabit memberitahu orang kampung di Wang kelian membantu sindiket penyelurupan berkenaan memindahkan pendatang asing tanpa izin masuk ke negara ini melalui sempadan.

Lelaki terbabit kata Sivaganam mendakwa ditawarkan kerja oleh seorang lelaki - dikenali sebagai Azis atau Azim - yang menjadi orang tengah dalam urusan tersebut.

Dia juga mendakwa orang tengah terbabit memberi jaminan bahawa tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana semunya sudah diuruskan.

Tiada sampai bersara

Perbualan telefon itu dikatakan berlaku sehari selepas anggota polis di bawah kendalian Sivaganam menemui kem yang hampir kosong di dalam hutan Wang Kelian.

Bercakap kepada panel RCI itu, selepas mendapat panggilan tersebut dia pergi ke bandar dan mengenal pasti lelaki yang dikatakan menjadi orang tengah namun tidak menyiasat lanjut dakwaan mengenai pembabitannya dalam sindiket menyeludup manusia.

Kata Sivaganam dia menyiapkan laporan insiden itu dan menyerahkan ia kepada pegawai atasannya, selain ketua polis Perlis dan Kedah untuk tindakan lanjut.

"Saya tak ada sumber manusia untuk melancarkan siasatan lanjut," katanya.

Dua bulan kemudian - atau pada Mac 2015 - Sivaganam mendakwa dia diberitahu oleh pegawainya, Komander Briged Utara Mohammad Nasir Ramli, bahawa dia tidak dibenarkan menyertai sebarang operasi di Wang Kelian.

"Komander itu mengarahkan saya supaya tidak pergi lagi menyertai operasi lain.

"Sehingga bersara, saya tak pernah pergi mana-mana operasi," katanya

[Baca berita penuh]

Lihat Komen