malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
ADS

Dua puluh tiga tahun lalu Dr Mahathir Mohamad melancarkan Koridor Raya Multimedia - sebuah pelan yang disiapkan bagi membawa Malaysia lebih maju dalam dunia digital.

Hari ini beliau - yang menjadi perdana menteri buat kali kedua - melancarkan satu lagi detik penting dalam teknologi maklumat, iaitu kemudahan 5G Malaysia.

Kemudahan itu akan memberikan rangkaian komunikasi tercanggih setakat ini.

Apa lagi selepas ini?

"Human teleportation (teleportasi manusia)," kata perdana menteri berseloroh semasa berucap di majlis yang diadakan di Putrajaya petang ini.

Mahathir berkata demikian semasa menjawab soalan daripada imej hologram seorang kanak-kanak bernama Aisyah.

Aisyah ialah watak yang muncul bersama Mahathir dalam klip video beremosi dihasilkan untuk rakyat Malaysi menjelang PRU ke-14 tahun lalu.

Teleportasi manusia merujuk kepada kemampuan memindahkan jasad dari satu tempat ke tempat lain menggunakan teknologi dan sering ditemui dalam filem fiksyen sains.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen