malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Polis: Barangan rampasan tak diserahkan kepada saya
ADS

RCI WANG KELIAN l Komandan Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertanggungjawab terhadap operasi pemusnahan kem di hutan Wang Kelian hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bahawa dia tidak menerima barangan yang dirampas semasa operasi itu.

Timbalan Penguasa Polis M Joe King berkata jika dia menerima bukti berkenaan susulan operasi pada 19 Januari 2015, dia akan menyenaraikannya dalam laporannya.

Selain itu, katanya, dia tidak ingat memberi sebarang arahan kepada Inspektor Mohd Mossadique Azni untuk menyimpan barangan yang dirampas itu.

“Tak ada eksibit yang diserahkan kepada saya [...]

“Saya tidak ingat (mengarahkan Mossadique untuk menyimpan barangan bukti). Sekiranya serah kepada saya, saya akan masukkan dalam report. Saya tak ingat perkara ini,” katanya pada siasatan yang diadakan di Putrajaya, hari ini.

Hari kedua sesi pendengaran awam RCI mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis hari ini menampilkan tiga lagi saksi.

Empat saksi memberi keterangan pada hari pertama prosiding RCI itu semalam.

Prosiding berlangsung di hadapan Pengerusi RCI Arifin Zakaria yang juga bekas ketua hakim negara.

Beliau dibantu timbalannya bekas ketua polis negara Norian Mai dan lima anggota panel iaitu bekas ketua pendakwaan jabatan peguam negara Noobahri Baharuddin; Razali Ismail yang baru meletak jawatan sebagai pengerusi Suhakam; bekas ketua penyelidik jabatan peguam negara Junaidah Abd Rahman; bekas duta Malaysia ke Thailand Nazirah Hussain dan bekas timbalan pengerusi jawatankuasa kira-kira wang negara Dr Tan Seng Giaw.

Arifin dalam ucapan pembukaannya semalam menggariskan tujuh terma rujukan RCI, antaranya meneliti semua dokumen dan bukti berkaitan dengan kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian serta mengesyorkan tindakan dan penambahbaikan yang diambil oleh kerajaan sebelum mengemukakan laporan siasatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen