Pengiklanan

    Jais sahkan siasat forum kenapa wanita Islam buka tudung


    (Dikemaskini )

    Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan mereka sedang menyiasat pelancaran buku dan forum membincangkan kenapa terdapat wanita Islam memilih membuka tudung.

    Ketua Pengarahnya Haris Kasim mengesahkan perkara itu namun enggan memberikan maklumat lanjut.

    β€œ(Kes itu) dalam siasatan,” katanya ringkas kepada Malaysiakini.

    Malam tadi Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa mengarahkan Jais untuk menyiasat perkara itu.

    Malah Mujahid berkata pihaknya mengambil maklum dan memandang serius berkaitan penganjuran forum tersebut.

    Carian di Twitter mendapati program itu berkisar perkongsian pengalaman wanita bertudung yang memilih membuka tudung.

    Sabtu lalu, aktivis Maryam Lee melancarkan bukunya Unveiling Choice disusuli forum membincangkan isu perempuan Melayu yang tidak lagi bertudung di pejabat sebuah penerbit Petaling Jaya.

    Malaysiakini sudah menghubungi Maryam namun beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih