malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dua lagi suspek ‘periksa’ kenderaan polis direman
Diterbitkan:  Apr 16, 2019 1:51 PM
Dikemaskini: 5:51 AM
ADS

Dua suspek terakhir yang ditahan di Nilai dan Rantau, semalam, dipercayai terlibat dengan tindakan menahan dan memeriksa sebuah kereta peronda polis (MPV) di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, Sabtu lepas, direman empat hari sehingga Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi berkata kedua-dua mereka ditahan reman bagi membantu siasatan kerana menghalang tugas penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Polis sebelum ini memburu lima individu disyaki terlibat kejadian menahan dan memeriksa sebuah MPV polis di hadapan SJKC Chung Hua, Rantau Sabtu lepas, selepas mendakwa pihak polis membawa lebihan kertas undi.

Berikutan itu, polis telah menahan tiga lelaki berusia 36 hingga 50 tahun di Rantau dan beberapa tempat di daerah ini antara 12 tengah hari dan 4 petang, kelmarin.

Ketiga-tiga mereka yang merupakan penjual kenderaan, pemandu lori dan peniaga ayam direman tiga hari sehingga esok.

- Bernama

Lihat Komen