Pengiklanan

    AG: Saya rasa kesal, akan pastikan ia tak berulang

    (Dikemaskini )

    Perbicaraan bekas perdana menteri, Najib Razak yang menghadapi tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International memasuki hari ketiga hari ini dengan pasukan pembelaan memeriksa balas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM), Azizul Adzani Abdul Ghafar.

    Pada permulaan prosiding, Peguam Negara, Tommy Thomas memberitahu mahkamah bahawa isu utama berkaitan lapan fail yang mengandungi dokumen-dokumen dan fotokopi dokumen yang diminta oleh pihak pembelaan yang menyebabkan prosiding ditangguhkan semalam, telah diselesaikan.

    “Saya ingin menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku semalam, kami akan pastikan ia tidak akan berulang. Jadi kita boleh teruskan perbicaraan untuk pihak pembelaan memberiksa balas saksi,” kata Tommy di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

    Semalam, selepas Timbalan Pedakwa Raya, Datuk Suhaimi Ibrahim selesai menjalankan pemeriksaan utama terhadap Azizul Adzani, peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib, memohon prosiding ditangguhkan sebentar bagi membolehkan pihak pembelaan meneliti dan menyusun semula lapan dokumen itu sebelum memeriksa balas saksi itu.

    Ekoran itu, mahkamah menangguhkan prosiding lebih sejam dan selepas itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram memaklumkan kepada mahkamah bahawa pendakwaan memerlukan masa untuk membuat salinan dan menyusun dokumen-dokumen terbabit mengikut indeks.

    Beliau juga berkata, sehingga jam 4.15 petang, pihaknya hanya dapat menyelesaikan tiga dokumen.

    Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

    Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan semua kesalahan berkenaan di AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 10 Februari 2015.

    - Bernama

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih