Pengiklanan

    Jangan lengah, tubuh RCI siasat badan kehakiman - Badan Peguam

    (Dikemaskini )

    Badan Peguam Malaysia menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mempercepatkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas badan kehakiman.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden Majlis Peguam, Abdul Fareed Abdul Gafoor berkata, 53 hari telah berlalu sejak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan sebuah RCI akan dibentuk untuk menyiasat dakwaan campurtangan dan salah laku kehakiman yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer.

    Walau bagaimanapun, tidak ada maklumat mengenai keanggotaan RCI mahupun terma rujukan suruhanjaya berkenaan sejak ia diumumkan.

    Oleh itu, Fareed medesak supaya perkara berkenan tidak lagi dilengahkan.

    "Badan Peguam Malaysia menggesa kerajaan menubuhkan RCI tanpa sebarang kelewatan.

    "Siasatan menyeluruh dan segera perlu dilakukan untuk memastikan fakta dan sejauh mana campur tangan dalam keupayaan hakim membuat keputusan yang tidak memihak, serta juga mengambil langkah-langkah untuk memastikan tidak ada paksaan, pengaruh atau ancaman pernah dikenakan ke atas mana-mana hakim.

    "Badan Peguam Malaysia sedar bahawa kesucian kebebasan dan integriti badan kehakiman adalah penting bagi menegakkan kedaulatan undang-undang dan memberi keyakinan orang ramai.

    "Ini tidak boleh dibenarkan dicemari," katanya.

    [Baca berita penuh]

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih