malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mujahid: Jais siasat forum bincang wanita muslim buka tudung
ADS

Program pelancaran buku dan forum mengenai wanita muslim yang tidak memakai tudung yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, akan disiasat secara adil dan sebaiknya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa dalam satu kenyataan hari ini, berkata perkara itu diambil maklum dan dipandang serius.

"Pihak Menteri telahpun berhubung dengan Jais memandangkan perkara ini berada dalam bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri kerana program ini diadakan di Selangor.

“Difahamkan pihak JAIS telah mengambil maklum mengenai perkara ini dan dalam tindakan mereka. Menteri yakin dan percaya pihak JAIS akan menjalankan siasatan terhadap perkara ini dengan adil dan sebaiknya,” kata kenyataan itu.

Carian di Twitter mendapati program itu berkisar perkongsian pengalaman wanita bertudung yang memilih membuka tudung.

- Bernama

Lihat Komen