malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Netanyahu menang penggal kelima sebagai PM
ADS

Keputusan rasmi pilihan raya Israel yang dikeluarkan pada Khamis malam menunjukkan parti Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah menewaskan saingan utamanya pakatan politik Biru dan Putih, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pengerusi jawatankuasa pilihan raya.

Keputusan itu dikeluarkan Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat selepas dua hari penjumlahan undi dan kelewatan yang disebabkan oleh kerosakan komputer, kata Hakim Hanan Melcer.

Parti Likud pimpinan Netanyahu memenangi 36 kerusi manakala pakatan Biru dan Putih yang diterajui seorang bekas panglima angkatan tentera memperoleh 35 kerusi.

--Bernama

Lihat Komen